Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Apakah itu langganan internet?
Langganan Internet ialah pas data tambahan yang boleh anda beli untuk mendapatkan kuota Internet tambahan di samping pelan sedia ada anda. Ia membantu anda kekal berhubung apabila kuota asas anda hampir habis.
Jenis-jenis Langganan:
1. Pass Sekali (One-Time Pass)
2. Pas Berulang (Pembaharuan auto)
3. Cara Kuota Digunakan/Ditolak?
Penggunaan Internet anda akan ditolak daripada kuota tambahan terlebih dahulu (jika ada), diikuti oleh kuota pelan asas anda.
Nota: Jika anda mempunyai pas sekali dan pas berulang serentak, penggunaan data akan ditolak mengikut keutamaan pas anda. Untuk melihat bagaimana kuota internet digunakan terlebih dahulu, sila rujuk panduan kami tentang keutamaan data.
4. Cara Melanggan Pas/Add-On
Anda boleh melanggan Pas Internet atau Add-On melalui:
5. Bolehkah saya melanggan lebih daripada satu add-on pada masa yang sama?
Ya, anda boleh melanggan kedua-dua pas sekali dan pas berulang aktif secara serentak.
Pengesahan Pembelian Add-On (Selepas Membeli):
6. Bagaimana saya mengesahkan bahawa pembelian add-on saya berjaya?
Anda boleh mengesahkan pembelian add-on melalui aplikasi CelcomDigi:
Nota: Jika anda menghadapi sebarang isu dengan pembelian add-on, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
7. Bagaimana untuk menyemak sama ada add-on saya ialah pas sekali atau pas berulang?
Dalam aplikasi CelcomDigi:
Jika terdapat pilihan “Hentikan langganan”, itu bermakna ia ialah Pas Berulang.
8. Bagaimanakah cara untuk menghentikan Pas Berulang?
Anda boleh membatalkan Pass Berulang dengan mendail USSD *118# atau melalui aplikasi CelcomDigi.
Apabila anda berhenti melanggan: Tiada pemulangan caj secara prorata. Anda masih boleh menggunakan kuota Internet atau manfaat lain (seperti akses penstriman) sehingga akhir kitaran semasa.
Untuk pass bundle (contoh: iQIYI, Viu): selepas pembatalan, akses anda kekal sehingga tempoh sah semasa tamat.
Nota Penting dan Perubahan Terkini
Notis Penamatan: Sesetengah pass Internet dan Add-On versi lama sedang ditamatkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini.
Tempoh Sah Kuota: Untuk pass berbundle (contoh: StreamMORE iQIYI), kuota Internet mungkin tamat pada waktu berbeza berbanding akses perkhidmatan penstriman.
Kelayakan: Tidak semua pelan CelcomDigi menyokong semua add-on. Sesetengah pas (contoh: iQIYI + data) hanya tersedia untuk pelan postpaid terpilih.