Bagaimanakah cara untuk mengagihkan kuota Internet kepada talian tambahan?


Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menambah baik perkhidmatan dan memberikan pengalaman yang lebih baik, pelanggan yang melanggan pelan dengan ciri perkongsian internet tidak akan dapat membuat pelarasan kuota perkongsian kepada talian tambahan buat sementara waktu
sehingga dimaklumkan kelak.

Sila semak dan kemas kini kuota perkongsian internet anda.
Tetapan perkongsian semasa anda (setakat 31 Mac 2026, 11:59 malam) akan kekal tanpa sebarang perubahan.

Sebagai alternatif, anda boleh menaik taraf ke pelan CelcomDigi terkini kami yang menawarkan internet tanpa had, kelajuan tanpa had serta diskaun sehingga 50% untuk talian tambahan.

‍

Sebagai pemilik talian utama, anda boleh mengurus dan mengagihkan jumlah kuota Internet tertentu untuk setiap talian tambahan anda. Harap maklum bahawa hanya pemilik talian utama yang boleh berkongsi Internet, dan caj tambahan mungkin dikenakan bergantung pada pelan langganan anda. 

‍

Rujuk jadual di bawah untuk butiran caj dan pelan yang layak untuk perkongsian Internet:

Celcom
  • PERCUMA untuk pelanggan:
    • Celcom MEGA 80/ MEGA 98/ MEGA 128/ MEGA 158/ MEGA 188 plans.
    • Celcom Mobile Gold/ Gold Plus/ Platinum/ Platinum Plus plans.
  • RM5 sebulan untuk Celcom MEGA pas dengan Lightning XL/ Lightning L/ Lightning M.
Digi
  • PERCUMA untuk pelanggan pelan Digi Postpaid 2021.
  • RM10 sebulan untuk pelanggan pelan Digi Postpaid lama (sebelum 23rd Februari 2021).

‍

‍Nota: Perkongsian Internet tidak tersedia untuk pelan tanpa had.
Share this article
Copy link