Pelanggan yang dihargai,
Selaras dengan garis panduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semua maklumat pelanggan harus padan dengan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Talian anda telah digantung kerana maklumat yang diberikan tidak sepadan dengan rekod rasmi, dan kemas kini yang diperlukan tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Harap maklum bahawa talian anda akan ditamatkan dalam tempoh 20 hari dari tarikh penggantungan sekiranya kemas kini tidak diselesaikan. Selepas talian ditamatkan, ia tidak boleh dikembalikan semula.
Nota: Tarikh penggantungan boleh dijumpai di dalam SMS yang telah dihantar kepada anda.
Untuk mengelakkan penamatan talian, sila kemas kini maklumat anda secepat mungkin.