Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Ditipu dalam talian sangat menyusahkan, terutamanya apabila anda cuba mendapatkan semula wang anda dan terjerumus dalam lebih banyak penipuan. Penipuan pemulihan kerugian ini menumpukan kepada mangsa yang sudah ditipu, berjanji untuk mendapatkan semula dana mereka yang telah hilang.
Selepas seseorang tertipu, maklumat mangsa ditambahkan ke dalam senarai scammer, termasuk nama dan nombor telefon. Selepas itu,scammer akan menyamar sebagai sebuah entiti sah atau agensi kerajaan, dan menghubungi mangsa melalui panggilan atau emel untuk menawarkan bantuan. Sesetengah mangsa terjumpa perkhidmatan ini diiklankan dalam talian dan menghubungi scammer itu sendiri. Scammer mungkin meminta mangsa untuk memasang perisian akses jauh, membolehkan mereka mengawal peranti dan berpotensi mendapatkan kawalan ke atas akaun bank mereka.
Mereka menuntut bayaran pendahuluan melalui pemindahan bank atau kriptowang, dengan mengatakan berikut ialah bayaran pentadbiran. Selepas menerima pembayaran atau maklumat peribadi, mereka memberikan kemas kini palsu tentang proses pemulihan, menipu mangsa untuk memberi mereka lebih banyak wang atau maklumat.
Cara Mengenali penipuan Pemulihan Kerugian:
Perkara yang perlu diingati:
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.