Mulai 1 September 2024, semua komunikasi melalui SMS daripada CelcomDigi tidak akan mengandungi URL atau nombor telefon, selaras dengan garis panduan MCMC.
Untuk maklumat mengenai pengurusan langganan, sokongan, dan butiran tambahan berkaitan rakan niaga Perkhidmatan Digital CelcomDigi, sila rujuk jadual di bawah untuk pautan ke laman web rakan niaga yang berkenaan.
Harap maklum bahawa CelcomDigi tidak dapat membantu untuk menghentikan langganan yang disenaraikan di bawah bagi pihak pelanggan. Anda perlu menghubungi khidmat pelanggan tersebut untuk menghentikan langganan.
Kerjasama anda amat kami hargai.
Untuk langganan lain yang boleh dihentikan oleh CelcomDigi, anda boleh kemukakan permintaan untuk hentikan langganan di sini.