Lakukan Lebih dengan “Bantuan Segera” di WhatsApp CelcomDigi
Anda kini boleh lakukan lebih banyak perkara melalui WhatsApp CelcomDigi!
Dapatkan jawapan dengan pantas dan secara interaktif untuk pertanyaan anda melalui perbualan yang dikuasakan oleh AI, serta pilihan layan diri, terus daripada aplikasi berhubung yang anda gunakan setiap hari.
Terokai WhatsApp CelcomDigi
Dapatkan jawapan, cari maklumat dan ketahui tawaran terkini di WhatsApp CelcomDigi. Pilih salah satu daripada tiga pilihan menu:
Bantuan Segera – Pilihan layan diri yang mudah untuk pertanyaan terpilih dan urus permohonan di hujung jari anda. Anda juga boleh bertanyakan soalan menggunakan ayat anda sendiri dan dapatkan jawapan yang pantas serta diperibadikan daripada bot perbualan AI kami.
Dapatkan Bantuan – Cari maklumat yang anda perlukan dengan mudah melalui pilihan menu berpandu untuk pelbagai pertanyaan dan perkhidmatan. Anda juga boleh berhubung dengan ejen WhatsApp kami jika memerlukan bantuan lanjut.
Tawaran & Makluman – Ketahui promosi dan tawaran terkini CelcomDigi, serta ikuti kemas kini penting berkaitan perkhidmatan, termasuk maklumat gangguan perkhidmatan, semuanya di sini.
Apakah yang boleh anda lakukan dengan “Bantuan Segera” di WhatsApp CelcomDigi?
Apa yang boleh anda lakukan
Penerangan
Fahami bil anda
Gunakan “Bill Explainer” kami di WhatsApp untuk mendapatkan
jawapan dengan pantas tentang bil anda, semak tarikh akhir
bayaran, lihat penyata bil, tukar bahasa dan pilihan bil,
atau buat pertikaian bil.
Urus mel suara anda
Aktifkan atau nyahaktifkan mel suara anda melalui WhatsApp.
Urus port-in anda
Semak status atau hantar semula permintaan port-in anda
melalui WhatsApp.
Semak penggunaan internet anda
Dapatkan ringkasan penggunaan data, termasuk baki data semasa.
Anda juga boleh bertanya tentang penggunaan internet anda.
Semak kontrak anda
Semak butiran kontrak anda, termasuk tempoh kontrak,
baki tempoh kontrak dan caj penamatan awal yang berkenaan.
Tambah nilai akaun anda
Tambah nilai talian prabayar anda dengan hanya beberapa klik.
Terokai tawaran StreamMORE
Terokai langganan dan tawaran hiburan untuk perkhidmatan
seperti Disney+, Viu, iQIYI, sooka dan Prime Video.
Perlu bercakap dengan ejen?
Jika anda memerlukan bantuan lanjut, terus berhubung dengan ejen WhatsApp kami yang sedia maklum tentang keperluan anda dan dapatkan penyelesaian dengan segera.