Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Berkuat kuasa 1 Mac 2024, kadar cukai jualan & perkhidmatan dibawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 akan dinaikkan daripada 6% kepada 8%, ke atas semua perkhidmatan bercukai, tidak termasuk perkhidmatan telekomunikasi dan beberapa perkhidmatan lain yang akan dikekal kepada 6%.
Soalan Lazim
1. Bagaimanakah kadar cukai ini akan memberi kesan kepada pelanggan CelcomDigi?
Perkhidmatan Telekomunikasi termasuk panggilan suara, Internet, SMS, MMS, perantauan, data/ Internet dan perkhidmatan tambahan (VAS) akan terus dikenakan kadar cukai 6% kecuali bagi perkhidmatan/ kandungan digital.
2. Apakah perkhidmatan CelcomDigi yang akan tertakluk kepada 8% cukai perkhidmatan mulai 1 Mac 2024 ini?
Sila rujuk di bawah bagi perkhidmatan/kandungan digital yang tertakluk kepada 8% cukai perkhidmatan:
3. Adakah Talktime Transfer* dan Credit Share* jatuh dibawah kategori perkhidmatan telekomunikasi?
Ya dan ianya tertakluk dibawah kadar cukai perkhidmatan 6%.
* Cukai perkhidmatan hanya tertakluk kepada pengguna pascabayar yang memindahkan kredit ke nombor prabayar.
4. Adakah terdapat perkhidmatan/ kandungan digital yang tidak dikenakan cukai?
Ya, perkhidmatan/ kandungan digital yang dibeli melalui Pengebilan Telefon Mudah Alih (Direct Operator Billing) dimana CelcomDigi bertindak sebagai saluran pembayaran, tidak akan dikenakan cukai. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa cukai perkhidmatan sudah termasuk dalam harga yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan, jika berkenaan.
5. Bagaimanakah saya boleh mengetahui bahawa saya telah dikenakan cukai perkhidmatan untuk sebarang pembelian atau langganan yang dibuat melalui pascabayar CelcomDigi?
Anda boleh merujuk ke bil pascabayar anda. Untuk perkhidmatan/ kandungan digital yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan 8%, sila rujuk senarai di atas.
Untuk makluman, untuk pelanggan Digi, sebarang pelarasan yang berkenaan akan tersedia di dalam bil yang sama kecuali untuk pelanggan dengan tarikh bil 8 Mac 2024. Pelarasan untuk pelanggan ini dan juga untuk pelanggan Celcom akan disediakan di dalam bil bulan April 2024.
6. Adakah cukai perkhidmatan akan dikenakan kepada pelanggan prabayar warganegara Malaysia?
Kerajaan telah mengumumkan bahawa berkuat kuasa 6 September 2018, perkhidmatan prabayar yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan. Sebagai contoh, jika anda menambah nilai RM10, anda akan menerima kredit sebanyak RM10. Jadi, tiada cukai perkhidmatan dikenakan untuk pelanggan prabayar warganegara Malaysia.
7. Saya bukan rakyat Malaysia. Adakah pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan prabayar tertakluk kepada saya?
Pengecualian cukai perkhidmatan untuk perkhidmatan prabayar hanya terpakai kepada warganegara Malaysia. Oleh itu, apabila anda menambah nilai, cukai perkhidmatan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika anda menambah nilai RM10, cukai perkhidmatan sebanyak 6% iaitu RM0.57 akan dikenakan, dan anda akan menerima kredit sebanyak RM9.43 ke dalam akaun anda.
8. Dimanakah saya boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan CJP?
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.