Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Kami telah dimaklumkan tentang modus operandi penipuan yang menyasarkan pelanggan CelcomDigi. Sila baca maklumat berikut dengan teliti untuk mengelak daripada menjadi mangsa taktik ini.
Modus Operandi Penipuan
1. Menyamar sebagai kakitangan CelcomDigi untuk mendapatkan OTP
Scammer boleh menyamar sebagai kakitangan CelcomDigi dan meminta OTP anda untuk pengesahan akaun anda selepas peningkatan sistem berjadual, untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan.
2. Akses kepada aplikasi
Sebaik sahaja scammer menerima OTP daripada anda, mereka boleh log masuk ke aplikasi anda dan mengakses semua maklumat, termasuk menggantung talian anda.
3. Janji palsu
Scammer mungkin akan memberitahu anda bahawa anda layak untuk menebus mata ganjaran kesetiaan atau menerima rebat untuk membeli telefon, dengan tujuan untuk mendapatkan kepercayaan anda. Atas sebab itu, scammer akan meminta butiran kewangan (contohnya, nama bank, OTP, dan lain-lain).
4. Ugutan penggantungan perkhidmatan
Apabila anda menunjukkan keraguan, scammer mungkin mengugut untuk menggantung talian anda. Scammer juga mungkin menghubungi anda melalui panggilan WhatsApp untuk meyakinkan anda tentang kesahihan identiti mereka. Harap maklum bahawa scammer boleh menggantung talian anda kerana mereka mempunyai akses kepada aplikasi anda jika anda telah memberikan OTP kepada mereka.
Peringatan Penting:
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.