Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Penipu menyamar sebagai "pembeli" dan mendekati mangsa melalui mesej dalam aplikasi di Carousell atau Facebook, menyatakan minat terhadap barangan yang disenaraikan. Setelah bersetuju dengan jualan, mangsa menerima pautan URL berbahaya atau kod QR melalui emel, mesej dalam aplikasi, atau WhatsApp, dengan alasan menerima bayaran atau membayar untuk perkhidmatan kurier. Apabila mangsa mengklik pautan atau mengimbas kod QR tersebut, mereka diarahkan ke laman web palsu yang meminta maklumat log masuk untuk perbankan internet, butiran kad kredit, dan/atau Kata Laluan Sekali (OTP). Mangsa menyedari mereka telah ditipu hanya selepas mendapati transaksi tidak sah dari akaun bank atau kad mereka.
Contoh Percubaan Penipuan:

Dalam keadaan lain, pembeli akan menipu penjual supaya penjual mempercayai bahawa pembayaran untuk barang telah berjaya dengan mengeluarkan cek. Penjual, yang tidak menyedari bahawa pembayaran adalah melalui cek dan masih dalam proses pelepasan, akan melepaskan barang kepada pembeli. Namun, cek tersebut kemudian ditendang kerana dana yang tidak mencukupi atau isu-isu lain.
Perkara Yang Perlu Diingat:
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, sila hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.