Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
Berwaspadalah terhadap penipuan pembayaran balik cukai semasa musim penyataan cukai. Penipuan pembayaran balik cukai berlaku apabila scammer menyamar sebagai pihak berkuasa cukai yang sah untuk menipu individu agar berkongsi maklumat peribadi, seperti butiran kad kredit atau akaun bank. Kemudian, scammer ini akan mengeksploitasi maklumat yang diperoleh untuk melakukan transaksi tanpa kebenaran pada akaun mangsa.
Mereka mungkin menggunakan pelbagai taktik untuk menyerang mangsa yang berpotensi, termasuk e-mel, panggilan telefon, SMS, atau mesej peribadi di platform media sosial. Selain itu, mereka mungkin menarik individu untuk mengklik pautan yang tidak dikenali untuk mengemaskini maklumat akaun mereka atau untuk menuntut bayaran balik cukai, membawa mereka ke laman web palsu yang menyerupai portal rasmi. Dalam beberapa kes, mengklik pautan ini juga boleh menyebabkan perisian berbahaya (malware) dipasang pada peranti anda, membolehkan scammer mencuri maklumat dengan lebih banyak atau hack e-mel tanpa pengetahuan anda.
Perkara yang perlu diingati:
Untuk membuat laporan tentang perkara ini, sila hubungi kami di sini.
Jangan risau, CelcomDigi sedang mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan pelanggan kami tidak menjadi mangsa kepada penipuan seperti ini.