Soalan Lazim: Prime Video Pas CelcomDigi Prepaid SpeedSTREAM​

Diubah suai pada Wed, 17 Dis pada 11:09 PTG

1. Apa itu Prime Video?
Prime Video ialah pintu kepada hiburan premium—menampilkan filem blockbuster, Amazon Originals eksklusif dan pelbagai kandungan popular dari seluruh dunia. Strim perlawanan terbesar NBA dan saksikan aksi sengit bintang-bintang mereka, hanya di Prime Video tanpa caj tambahan. Dari siri epik seperti Fallout Season 2 dan A Working Man hingga drama Korea kegemaran ramai seperti Surely Tomorrow dan Nice to Not Meet You, pasti ada sesuatu untuk setiap mood dan setiap detik.


2. Di mana saya boleh menonton Prime Video?
 Anda boleh menonton Prime Video melalui pilihan berikut:

  • Muat turun aplikasi Prime Video dari platform berikut:
    1. Android: Play Store
    2. iOS: App Store
  • Tersedia di kebanyakan Smart TV & peranti penstriman
  • Melalui laman web www.primevideo.com untuk strim terus tanpa memuat turun aplikasi.


3.  Apakah akses yang tersedia untuk Prime Video dengan CelcomDigi Prepaid?

Prime Video

Tonton semua tajuk

Muat turun kandungan terpilih (hanya pada peranti mudah alih dan tablet)

Ya, anda boleh memuat turun tajuk yang tersedia pada maksimum dua (2) peranti pada satu masa. Jika anda telah memuat turunnya pada dua peranti, anda perlu memadam kandungan tersebut daripada salah satu peranti sebelum memuat turun ke peranti lain.

Cipta profil

Sehingga 6 profil

Penstriman serentak

Sehingga 3 peranti. Namun, untuk satu tajuk yang sama (filem/siri), anda hanya boleh menstrim serentak pada 2 peranti.

Jumlah log masuk peranti maksimum

Sehingga 3 peranti

Cast/ Airplay

✓ 

Maklumat Cast di sini

Kualiti video maksimum

Sehingga 4K Ultra HD dengan HDR

Kualiti audio maksimum

Sehingga Dolby Atmos (Dolby 5.1)

Peranti yang serasi

Senarai peranti yang disokong di sini


4. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Prime Video?
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://www.primevideo.com/


5. Apakah pas Prime Video yang tersedia untuk pelan CelcomDigi Prepaid yang layak?

Pelanggan CelcomDigi Prabayar yang melanggan pas penstriman berikut akan secara automatik dapat menikmati Prime Video sebagai sebahagian daripada langganan mereka.

Pas Prime Video

Harga

Tempoh Sah

Pembaharuan

SpeedSTREAM Prime Video & 48Mbps Internet Tanpa Had

RM59.00 

(NP: RM65.00)

Bulanan

Pembaharuan Automatik

Nota Penting:
- Kuota internet adalah Internet berkelajuan tinggi 5G+4G dan boleh digunakan untuk tethering/hotspot.
- Harga yang dipaparkan di atas tidak termasuk cukai perkhidmatan. Cukai perkhidmatan 6% akan dikenakan untuk Add-Ons ini.


6. Apakah Pelan Prabayar CelcomDigi terpilih yang boleh membeli SpeedSTREAM Prime Video?

Pelanggan CelcomDigi Prabayar yang menggunakan pelan berikut layak untuk membeli pas ini:

Pas Prime Video

Pelan Celcom

Pelan Digi

  • SpeedStream Prime Video
  • CelcomDigi Prepaid 5G Biru
  • Celcom Xpax
  • Celcom XPAX
  • Celcom XPAX 2021
  • Celcom XPAX Pantas
  • XPAX
  • Xpax
  • XPAX TURBO
  • XPAX Youth
  • Xpax24
  • Xmax
  • Xmid
  • X2
  • Travel Pack
  • Tourist Pack
  • SOX-UOX
  • New UOX
  • New SOX
  • Magic SIM
  • IOX Data Only
  • IOX
  • Holiday SIM
  • DataOnly
  • BlueKhas
  • Blue
  • Juara Keren 5G
  • CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
  • Digi prepaid NEXT
  • Digi PREPAID NEXT
  • Digi Prepaid NEXT
  • Raja kombo
  • Raja Kombo
  • Raja Kombo 5G
  • Digi Prepaid Best 2017
  • DiGi Best Prepaid v4
  • DiGi Easy Prepaid v3
  • Digi Prepaid LiVE


7. Bagaimana cara saya untuk melanggan SpeedSTREAM Prime Video?
 
Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.

Saluran

Cara melanggan

Aplikasi CelcomDigi

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pilih Shop dan plilih Lifestyle
Langkah 3: Pilih Entertainment

Langkah 4: Pilih Prime Video & 48Mbps Unlimited Internet
Langkah 4: Klik Confirm Subscription untuk teruskan


8. Adakah saya akan menerima notifikasi selepas pengaktifan pas berjaya?

Ya, anda akan menerima SMS selepas langganan berjaya, serta notifikasi melalui aplikasi CelcomDigi mengenai pautan pengaktifan akses Prime Video. SMS & notifikasi aplikasi akan dihantar ke nombor mudah alih yang digunakan untuk melanggan pakej ini.


Penting untuk diketahui bahawa anda perlu mengaktifkan akaun Prime Video melalui pautan pengaktifan dalam peti masuk notifikasi aplikasi CelcomDigi. Oleh itu, sila pastikan anda telah memuat turun aplikasi CelcomDigi dan membuat pendaftaran akaun sebelum melanggan.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.


9. Bagaimanakah cara untuk saya mengakses akaun Prime Video?

Selepas mengaktifkan akaun Prime Video anda, layari laman web Prime Video atau buka aplikasi mudah alihnya. Log masuk menggunakan nombor mudah alih yang anda gunakan untuk melanggan.


10. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit untuk mengaktifkan Prime Video. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor mudah alih anda adalah nombor CelcomDigi yang sama digunakan semasa melanggan. OTP hanya akan dihantar ke nombor CelcomDigi tersebut.

Untuk bantuan lanjut, anda boleh pergi ke Amazon - Help with Signing In atau hubungi CelcomDigi melalui WhatsApp.


11. Selepas pengaktifan berjaya untuk pakej ini, bagaimana saya log masuk ke Prime Video?
Sila ikuti langkah berikut untuk mengaktifkan akaun Prime Video anda:


Untuk pelayar desktop:

  1. Pergi ke laman utama Prime Video dan pilih Sign in.
  2. Masukkan nombor telefon mudah alih (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
  3. Anda akan menerima One-Time Pasword (OTP) melalui SMS; masukkan OTP pada pelayar.
  4. Mulakan penstriman!

Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android:

  1. Muat turun aplikasi Prime Video.
  2. Masukkan nombor telefon mudah alih (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
  3. Anda akan menerima OTP melalui SMS; masukkan OTP pada aplikasi.
  4. Mulakan penstriman!

Untuk peranti ruang tamu:

  1. Buka aplikasi Prime Video pada peranti TV anda.
  2. Masukkan nombor telefon untuk log masuk (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
  3. Anda akan menerima OTP melalui SMS; masukkan OTP pada aplikasi.
  4. Mulakan penstriman!

12.   Saya melanggan SpeedSTREAM Prime Video. Bilakah pas ini akan tamat tempoh?

Ini adalah pas bulanan dan ia akan diperbaharui secara automatik setiap bulan. Pas ini hanya akan tamat sekiranya pembaharuan tidak berjaya.


13. Saya telah melanggan SpeedSTREAM Prime Video. Adakah saya boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh membatalkan langganan melalui aplikasi CelcomDigi. Tiada pengiraan caj secara prorata, dan caj penuh akan dikenakan. 

Setelah pembatalan dibuat, kuota dan akses Prime Video akan kekal aktif sehingga tamat tempoh sah langganan semasa.

Saluran

Langkah-langkah pembatalan langganan

Aplikasi CelcomDigi

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi

Langkah 2: Pilih Shop dan pilih Lifestyle

Langkah 3: Klik My Subscription di penjuru atas kanan 

Langkah 4: Pilih langganan Prime Video  

Langkah 5: Pilih Unsubscribe 


14. Bolehkah saya membeli pas Prime Video yang sama berulang kali?
Tidak, anda tidak dibenarkan membuat pembelian berulang bagi pas Prime Video yang sama selagi langganan masih aktif.


Walau bagaimanapun, jika anda membeli pas Prime Video yang berbeza secara serentak (contohnya, mula dengan langganan pas SpeedSTREAM Prime Video, kemudian melanggan pas StreamMORE Prime Video), langganan pas Prime Video yang pertama akan dibatalkan dan tidak diperbaharui.


Dalam contoh ini, pembaharuan akan diteruskan hanya dengan langganan terkini, iaitu pas StreamMORE Prime Video. Tiada pengiraan caj pro-rata akan dikenakan pada langganan yang dibatalkan.


15. Bolehkah saya membeli pelbagai pas StreamMORE atau SpeedSTREAM untuk perkhidmatan penstriman berbeza walaupun telah melanggan pas Prime Video dari CelcomDigi?
Ya, anda dibenarkan membeli pas StreamMORE atau SpeedSTREAM bagi perkhidmatan penstriman yang berbeza.


16. Saya telah melanggan SpeedSTREAM Prime Video. Apa akan berlaku jika saya menamatkan talian prabayar saya?
Jika anda menamatkan talian prabayar, anda tidak akan dapat mengakses Prime Video serta-merta. Tiada pengiraan caj pro-rata, caj penuh akan dikenakan.


17. Saya telah melanggan pas SpeedSTREAM Prime Video. Apa akan berlaku jika saya memindahkan talian kepada pemilik lain (pemindahan hak milik)?
Akses kandungan akan ditamatkan sebelum nombor mudah alih dipindahkan kepada pemilik baru.


18. Saya telah menggunakan sepenuhnya kuota internet untuk menonton kandungan di Prime Video. Apa yang perlu saya lakukan?
Anda boleh membeli pas sekali pakai CelcomDigi atau melanggan pas bulanan dengan kuota internet yang mencukupi untuk terus menikmati kandungan di Prime Video.


19. Apa akan berlaku jika baki kredit saya tidak mencukupi ketika pas SpeedSTREAM Prime Video diperbaharui secara auto?
Pas SpeedSTREAM Prime Video akan ditamatkan jika baki kredit tidak mencukupi untuk pembaharuan automatik. Pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi 24 jam sebelum tamat tempoh langganan.


20. Saya mempunyai langganan Prime Video melalui saluran pembayaran lain (pengebilan operator/kad bank). Bolehkah saya masih melanggan pas SpeedSTREAM Prime Video menggunakan nombor mudah alih yang sama?
Tidak boleh. Anda perlu membatalkan langganan terdahulu anda sebelum cuba melanggan menggunakan nombor mudah alih yang sama. Sila rujuk pautan Batal Langganan Prime Video untuk mengetahui cara membatalkan langganan sedia ada anda.


21. Bolehkah saya menggunakan langganan Prime Video saya pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.


22. Bolehkah saya menggunakan kuota pas SpeedSTREAM Prime Video semasa roaming?
Tidak. Kuota hanya terpakai untuk penggunaan domestik sahaja (dalam Malaysia).


23. Saya bukan pelanggan CelcomDigi. Bolehkah saya melanggan SpeedSTREAM Prime Video?

Hanya pelanggan CelcomDigi layak membeli pas SpeedSTREAM Prime Video. Anda perlu menjadi pelanggan CelcomDigi sebelum boleh melanggan pas kami dan menikmati penstriman dengan nilai dan penjimatan yang lebih baik.


24. Bolehkah saya memindahkan manfaat pas SpeedSTREAM Prime Video yang dibeli dari satu nombor mudah alih ke nombor mudah alih lain?
Tidak. Akses atau manfaat pas tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.


25. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan pas SpeedSTREAM Prime Video. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?

Bagi masalah berkaitan langganananda boleh hubungi CelcomDigi melalui WhatsApp

Bagi sebarang masalah berkaitan akses atau akaun aplikasi Prime Video, sila lawati Prime Video Support untuk mendapatkan artikel yang berkaitan dengan isu anda.  


26. Apakah terma akses saya ke Prime Video?
Dengan melanggan Prime Video, dalam setiap kes tanpa mengira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran Prime Video, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:

  1. Terma & Syarat CelcomDigi: Celcom | Digi
  2. Terma Penggunaan Amazon Prime Video - Global
  3. Amazon Prime Video - Peraturan Penggunaan
  1. Amazon Prime Video - Syarat Penggunaan
  2. Amazon Prime Video - Dasar Privasi

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut