Soalan Lazim: Pas Prime Video Pelan CelcomDigi Postpaid
Diubah suai pada Wed, 17 Dis pada 11:18 PTG
1. Apa itu Prime Video?
Prime Video ialah pintu kepada hiburan premium—menampilkan filem blockbuster, Amazon Originals eksklusif dan pelbagai kandungan popular dari seluruh dunia. Strim perlawanan terbesar NBA dan saksikan aksi sengit bintang-bintang mereka, hanya di Prime Video tanpa caj tambahan. Dari siri epik seperti Fallout Season 2 dan A Working Man hingga drama Korea kegemaran ramai seperti Surely Tomorrow dan Nice to Not Meet You, pasti ada sesuatu untuk setiap mood dan setiap detik.
2. Di mana saya boleh menonton Prime Video?
Anda boleh menonton Prime Video melalui pilihan berikut:
- Muat turun aplikasi Prime Video dari platform berikut:
- Android: Play Store
- iOS: App Store
- Tersedia di kebanyakan Smart TV & peranti penstriman
- Melalui laman web www.primevideo.com untuk strim terus tanpa memuat turun aplikasi.
3. Apakah akses yang tersedia untuk Prime Video dengan CelcomDigi Postpaid?
Prime Video | |
Tonton semua tajuk | ✓ |
Muat turun kandungan terpilih (hanya pada peranti mudah alih dan tablet) | Ya, anda boleh memuat turun tajuk yang tersedia pada maksimum dua (2) peranti pada satu masa. Jika anda telah memuat turunnya pada dua peranti, anda perlu memadam kandungan tersebut daripada salah satu peranti sebelum memuat turun ke peranti lain. |
Cipta profil | Sehingga 6 profil |
Penstriman serentak | Sehingga 3 peranti. Namun, untuk satu tajuk yang sama (filem/siri), anda hanya boleh menstrim serentak pada 2 peranti. |
Jumlah log masuk peranti maksimum | Sehingga 3 peranti |
Cast/ Airplay | ✓ Maklumat Cast di sini |
Kualiti video maksimum | Sehingga 4K Ultra HD dengan HDR |
Kualiti audio maksimum | Sehingga Dolby Atmos (Dolby 5.1) |
Peranti yang serasi | Senarai peranti yang disokong di sini |
4. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Prime Video?
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://www.primevideo.com/.
5. Apakah pas Prime Video yang tersedia untuk pelan CelcomDigi Postpaid yang layak?
Pas Prime Video | Harga | Tempoh Sah | Pembaharuan |
StreamMORE Prime Video + 5GB Internet | RM23.00 (NP: RM25.00) | Bulanan | Pembaharuan Automatik |
Nota Penting: - Kuota 5GB adalah Internet berkelajuan tinggi 5G+4G dan boleh digunakan untuk tethering/hotspot. - Harga yang dipaparkan di atas tidak termasuk cukai perkhidmatan. Cukai perkhidmatan 6% akan dikenakan untuk Pas ini.
6. Apakah Pelan CelcomDigi Postpaid terpilih yang boleh membeli StreamMORE Prime Video?
Pelanggan CelcomDigi Postpaid dengan pelan berikut layak untuk membeli pas pembaharuan automatik ini:
Pelan CelcomDigi | Pelan Celcom | Pelan Digi |
|
|
|
7. Adakah terdapat sebarang promosi untuk langganan Prime Video?
Ya, untuk pengguna baharu, anda boleh menikmati langganan percubaan percuma selama 1 bulan bagi StreamMORE Prime Video.
8. Bilakah tempoh promosi ini?
16 Disember 2025 hingga 31 Mac 2026.
9. Siapakah yang layak menikmati tawaran percubaan percuma 1 bulan ini?
Tawaran ini tersedia untuk semua pelanggan CelcomDigi Postpaid & Prepaid yang layak dan tidak pernah melanggan Prime Video sebelum ini.
10. Bagaimana cara saya untuk melanggan StreamMORE Prime Video?
Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.
Saluran | Cara melanggan |
Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 4: Pilih Prime Video & 5GB Internet |
11. Adakah saya akan menerima notifikasi selepas pengaktifan pas berjaya?
Ya, anda akan menerima SMS selepas langganan berjaya, serta notifikasi melalui aplikasi CelcomDigi mengenai pautan pengaktifan akses Prime Video. SMS & notifikasi aplikasi akan dihantar ke nombor mudah alih yang digunakan untuk melanggan pakej ini.
Penting untuk diketahui bahawa anda perlu mengaktifkan akaun Prime Video melalui pautan pengaktifan dalam peti masuk notifikasi aplikasi CelcomDigi. Oleh itu, sila pastikan anda telah memuat turun aplikasi CelcomDigi dan membuat pendaftaran akaun sebelum melanggan.
Untuk bantuan lanjut, anda boleh pergi ke Amazon - Help with Signing In atau hubungi CelcomDigi melalui WhatsApp.
12. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit untuk mengaktifkan Prime Video. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila pastikan nombor mudah alih anda adalah nombor CelcomDigi yang sama digunakan semasa melanggan. OTP hanya akan dihantar ke nombor CelcomDigi tersebut.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
13. Bagaimanakah cara untuk saya mengakses akaun Prime Video?
Selepas mengaktifkan akaun Prime Video anda, layari laman web Prime Video atau buka aplikasi mudah alihnya. Log masuk menggunakan nombor mudah alih yang anda gunakan untuk melanggan.
14. Selepas pengaktifan berjaya untuk pakej ini, bagaimana saya log masuk ke Prime Video?
Sila ikuti langkah berikut untuk mengaktifkan akaun Prime Video anda:
Untuk pelayar desktop:
- Pergi ke laman utama Prime Video dan pilih Sign in.
- Masukkan nombor telefon mudah alih (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
- Anda akan menerima One-Time Password (OTP) melalui SMS; masukkan OTP pada pelayar.
- Mulakan penstriman!
Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android:
- Muat turun aplikasi Prime Video.
- Masukkan nombor telefon mudah alih (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
- Anda akan menerima OTP melalui SMS; masukkan OTP pada aplikasi.
- Mulakan penstriman!
Untuk peranti ruang tamu:
- Buka aplikasi Prime Video pada peranti TV anda.
- Masukkan nombor telefon untuk log masuk (sama seperti yang digunakan semasa melanggan).
- Anda akan menerima OTP melalui SMS; masukkan OTP pada aplikasi.
- Mulakan penstriman!
15. Saya melanggan StreamMORE Prime Video. Bilakah pas ini akan tamat tempoh?
Ini adalah pas bulanan dan ia akan diperbaharui secara automatik setiap bulan. Pas ini hanya akan tamat sekiranya pembaharuan tidak berjaya.
16. Saya telah melanggan StreamMORE Prime Video. Adakah saya boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa?
Ya, anda boleh membatalkan langganan melalui aplikasi CelcomDigi. Tiada pengiraan caj prorata, dan caj penuh akan tetap dikenakan. Setelah pembatalan dibuat, kuota dan akses Prime Video akan kekal aktif sehingga tamat tempoh sah langganan semasa.
Saluran | Langkah-langkah pembatalan langganan |
Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pilih Shop dan pilih Lifestyle Langkah 3: Klik My Subscription di penjuru atas kanan Langkah 4: Pilih langganan Prime Video Langkah 5: Pilih Unsubscribe |
17. Bolehkah saya membeli pas Prime Video yang sama berulang kali?
Tidak, anda tidak dibenarkan untuk membuat pembelian berulang bagi pas Prime Video yang sama selagi langganan tersebut masih aktif.
18. Bolehkah saya membeli pelbagai pas StreamMORE untuk perkhidmatan penstriman berbeza walaupun saya telah melanggan pas Prime Video dari CelcomDigi?
Ya, anda dibenarkan untuk membeli pas StreamMORE bagi perkhidmatan penstriman berbeza selepas melanggan StreamMORE Prime Video.
19. Saya telah melanggan StreamMORE Prime Video. Apa akan berlaku jika saya menamatkan talian atau menukar nombor ke operator lain?
Jika anda menamatkan talian atau menukar nombor, anda tidak akan dapat mengakses Prime Video serta-merta. Tiada pengiraan caj pro-rata, caj penuh akan dikenakan.
20. Saya menggunakan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan melanggan StreamMORE Prime Video. Apa akan berlaku jika saya menaik taraf pelan postpaid saya ke Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160?
Langganan StreamMORE Prime Video anda yang sedia ada akan diteruskan.
21. Saya menggunakan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 160 dan melanggan StreamMORE Prime Video. Apa akan berlaku jika saya menurunkan pelan postpaid saya ke Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80?
Langganan StreamMORE Prime Video anda yang sedia ada akan diteruskan pada pelan postpaid baru anda.
22. Saya menggunakan Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 dan melanggan pas StreamMORE Prime Video. Apa akan berlaku jika saya menukar pelan postpaid saya ke CelcomDigi One Ultra?
Langganan pas StreamMORE Prime Video anda yang sedia ada akan diteruskan pada pelan postpaid baru anda.
23. Saya telah melanggan pas StreamMORE Prime Video. Apa akan berlaku jika saya memindahkan talian kepada pemilik lain (pemindahan hak milik)?
Akses kandungan akan ditamatkan sebelum nombor mudah alih dipindahkan kepada pemilik baru.
24. Saya telah menggunakan kuota internet sepenuhnya untuk menonton kandungan di Prime Video. Apa yang perlu saya lakukan?
Anda boleh membeli pas sekali pakai CelcomDigi atau melanggan pas bulanan dengan kuota internet yang mencukupi untuk terus menikmati kandungan di Prime Video.
25. Saya mempunyai langganan Prime Video yang dibayar terus melalui saluran lain (pengebilan operator/kad bank). Bolehkah saya melanggan StreamMORE Prime Video menggunakan nombor mudah alih yang sama?
Tidak boleh. Anda perlu membatalkan langganan terdahulu anda sebelum cuba melanggan menggunakan nombor mudah alih yang sama. Sila rujuk pautan Batal Langganan Prime Video untuk mengetahui cara membatalkan langganan sedia ada anda.
26. Bolehkah saya menggunakan langganan Prime Video saya pada peranti lain?
Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa langganan.
27. Bolehkah saya menggunakan kuota StreamMORE Prime Video semasa roaming?
Tidak. Kuota hanya terpakai untuk penggunaan domestik sahaja (dalam Malaysia).
28. Saya bukan pelanggan CelcomDigi, bolehkah saya melanggan StreamMORE Prime Video?
Hanya pelanggan CelcomDigi layak membeli StreamMORE Prime Video. Anda perlu menjadi pelanggan CelcomDigi sebelum boleh melanggan pas kami dan menikmati penstriman dengan nilai dan penjimatan yang lebih baik.
29. Talian postpaid saya digantung/ disekat. Apa akan berlaku kepada StreamMORE Prime Video saya?
Anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan StreamMORE Prime Video.
30. Bolehkah saya memindahkan manfaat StreamMORE Prime Video yang dibeli dari satu nombor mudah alih ke nombor mudah alih lain?
Tidak. Akses atau manfaat pas tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.
31. Saya mempunyai pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan StreamMORE Prime Video. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Bagi masalah berkaitan langganan, anda boleh hubungi CelcomDigi melalui WhatsApp.
Bagi sebarang masalah berkaitan akses atau akaun aplikasi Prime Video, sila lawati Prime Video Support untuk mendapatkan artikel yang berkaitan dengan isu anda.
32. Apakah terma akses saya ke Prime Video?
Dengan melanggan Prime Video, dalam setiap kes tanpa mengira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran Prime Video, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut