Notis: Penaiktarafan Sistem Berjadual CelcomDigi pada 18 dan 25 November 2025
Diubah suai pada Wed, 12 Nov pada 10:36 PTG
Ini adalah notis penting untuk pelanggan CelcomDigi.
Kami akan menjalankan usaha menaik taraf sistem bermula 11:30 malam pada 18 November (sehingga 24 jam) & 25 November (sehingga 24 jam) untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Sepanjang tempoh ini, anda akan kekal terhubung kerana perkhidmatan panggilan suara, SMS dan Internet kekal tersedia. Anda juga boleh terus membuat pembayaran bil, tambah nilai dan membeli pas tambahan dengan mudah. Muat turun aplikasi baharu CelcomDigi untuk akses segera dan mudah kepada kesemua perkhidmatan ini.
Walau bagaimanapun, beberapa saluran dan perkhidmatan tidak akan tersedia buat sementara waktu. Anda dinasihatkan untuk merancang aktiviti lebih awal bagi memastikan pengalaman yang lancar.
Ketersediaan saluran semasa penaiktarafan sistem berjadual:
Saluran Tersedia | Saluran Tidak Tersedia |
|
|
Ketersediaan perkhidmatan di kedai CelcomDigi semasa penaiktarafan sistem berjadual:
Transaksi Tersedia | Transaksi Tidak Tersedia |
|
|
Bagi perkhidmatan port-in dan port-out (Mobile Number Portability):
- Semasa penaiktarafan sistem pada 18 November: Perkhidmatan MNP tidak akan tersedia dari 16 hingga 19 November 2025 bagi pelanggan korporat; dan 18 hingga 19 November 2025 bagi semua pelanggan lain. Perkhidmatan port-in, port-out dan penghantaran semula permintaan akan disambung semula pada 20 November 2025.
- Semasa penaiktarafan sistem pada 25 November: Perkhidmatan MNP tidak akan tersedia dari 23 hingga 26 November 2025 bagi pelanggan korporat; dan 25 hingga 26 November 2025 bagi semua pelanggan lain. Perkhidmatan port-in, port-out dan penghantaran semula permintaan akan disambung semula pada 27 November 2025.
Terima kasih atas kesabaran anda.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut