Soalan Lazim: Mega Add-Ons Perantauan (Berkuat kuasa 30 Oktober 2025)
Diubah suai pada Thu, 30 Okt pada 11:02 PG
1. Apakah Mega Add-Ons yang tersedia untuk Perantauan?
Mega Add-Ons perantauan membolehkan anda menikmati penggunaan perantauan pada harga diskaun dengan kontrak selama 12 bulan.
| Pelan yang Layak | Mega Add-Ons (Langganan Bulanan dengan kontrak 12 bulan) | |
| Data Perantauan 30GB + 15 minit Percuma (3 negara) | Data Perantauan 80GB + 15 minit Percuma (82 negara) | |
| CelcomDigi Postpaid 40 | x | x |
| CelcomDigi Postpaid 60 | RM30/bulan | RM60/ bulan |
| CelcomDigi Postpaid 80 | ||
| CelcomDigi Postpaid 100 | ||
| CelcomDigi Postpaid 120 | RM20/ bulan | RM35/ bulan |
| CelcomDigi Postpaid 140 | ||
| CelcomDigi One Lite | ||
| CelcomDigi One Pro | ||
| CelcomDigi One Ultra | ||
2. Apakah negara yang layak untuk kedua-dua Add-Ons tersebut?
| Mega Add-Ons 30GB | Mega Add-Ons 80GB |
| 3 Negara | 82 Negara |
| Singapura, Indonesia & Thailand | Albania, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Belgium, Brunei Darussalam, Brazil, Bosnia and Herzegovina, Cambodia, Canada, China, Congo DRC, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Ghana, Greece, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Isle of Man, Italy, Japan, Jersey, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Laos, Latvia, Lithuania, Liechtenstein Luxembourg, Macau, Malta, Mozambique, Nepal, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Philippines, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Saudi Arabia, Serbia, Singapore, Slovenia, South Africa, South Korea, Spain, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Thailand, Timor-Leste, Turkey, United Arab Emirates, United Kingdom, United States of America, Ukraine Uruguay, Uzbekistan, Vietnam |
3. Bagaimanakan Mega Add-Ons berfungsi?
Ini ialah tawaran kontrak selama 12 bulan yang menawarkan kadar perantauan diskaun di negara-negara layak yang disenaraikan di atas. Setelah langganan dibuat, kuota Internet perantauan akan diperbaharui dan dicaj pada permulaan setiap kitaran bil. Kuota Internet yang tidak digunakan akan luput.
Jika kuota Internet perantauan digunakan sepenuhnya sebelum kitaran bil seterusnya, akses data akan disekat. Untuk terus menggunakan data, anda boleh membeli mana-mana Pas Perantauan sedia ada.
4. Bagaimana cara untuk melanggan ke Mega Add-Ons?
Langgana boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.
| Saluran | Cara untuk membeli |
| Aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi Langkah 2: Pergi ke ‘Shop’ Langkah 3: Pilih Freedom Add-Ons Langkah 4: Pilih Add-Ons yang diingini Langkah 5: Klik Confirm Subscription untuk teruskan |
5. Bagaimanakah saya akan tahu jika Mega Add-Ons untuk Perantauan saya telah diaktifkan?
Anda akan menerima notifikasi pengaktifan berjaya sebaik sahaja langganan anda aktif.
6. Bolehkah saya masih membeli Pas Perantauan sekali sahaja jika saya telah melanggan Mega Add-Ons?
Ya. Anda boleh membeli Pas Perantauan sekali sahaja walaupun Mega Add-Ons masih aktif. Kuota akan ditolak daripada pas sekali sahaja terlebih dahulu, diikuti dengan kuota Mega Add-Ons.
7. Bagaimanakah cara untuk semak penggunaan?
Anda boleh menyemak penggunaan Mega Add-Ons anda pada bila-bila masa melalui aplikasi CelcomDigi dibawah bahagian Usage.
8. Apakah yang berlaku jika saya ingin menamatkan perkhidmatan awal atau selepas 12 bulan?
Penamatan awal atau kontrak tamat akan mengikut Terma & Syarat Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons. (Rujuk Helaian Pendedahan Produk untuk butiran yuran penamatan awal atau pilihan selepas kontrak tamat)
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut