Apakah pelan dan perkhidmatan yang tersedia untuk Spark?
Diubah suai pada Tue, 28 Okt pada 8:24 PG
1. Apakah pelan mudah alih yang ditawarkan oleh Spark?
Spark menawarkan tiga pelan langganan untuk memenuhi keperluan berbeza:
Pelan | Kuota | Panggilan | Harga (RM) | Tempoh Sah |
Spark Lite | 3GB (4G) | - | RM15 | 30 hari |
Spark Basic | 40GB (4G/5GB) | 100 minit | RM25 | 30 hari |
Spark Premium | 200GB (4G/5G) | 100 minit | RM65 | 30 hari |
Nota:
- Untuk pengalaman 5G, guna peranti serasi 5G dalam kawasan liputan 5G.
- Semua data adalah berkelajuan tinggi dan boleh digunakan untuk tethering.2. Adakah pelan Spark diperbaharui secara automatik?
Ya, pelan akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari. Anda juga mempunyai pilihan untuk hentikan auto-pembaharuan pada bila-bila masa melalui aplikasi
3. Jika saya telah menggunakan habis internet pelan saya, bolehkah saya membeli add-on Booster?
Ya, anda boleh. Selagi anda mempunyai pelan mudah alih yang aktif, anda boleh membeli Booster melalui aplikasi.
Berikut ialah senarai Booster yang tersedia dengan pelan Spark:
Kategori | Kuota | Harga (RM) |
| 1GB | RM1 |
Internet Pantas | 3GB | RM3 |
Internet Pantas | 10GB | RM5 |
Internet Pantas | 25GB | RM10 |
Internet Pantas | 100GB | RM30 |
Panggilan | 30 minit | RM1 |
Panggilan | 500 ninit | RM5 |
SMS | 50 SMS | RM1 |
SMS | 1000SMS | RM3 |
Nota:
Anda boleh membeli lebih daripada satu Booster, dan ia akan digabungkan (stack).
Tempoh sah Booster akan ikut tempoh sah Base Plan anda.4. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan perautauan antarabangsa dan apakah pelan yang tersedia?
Perautauan antarabangsa tersedia dan boleh diaktifkan melalui aplikasi. Sila ambil perhatian bahawa perayauan hanya menyokong penggunaan internet — panggilan dan SMS masuk atau keluar tidak disokong.
Untuk menggunakan perayauan:
- Pastikan anda mempunyai pelan mudah alih yang aktif.
- Anda boleh membeli Roaming Pass sehingga 60 hari lebih awal.
- Roaming Pass akan diaktifkan secara automatik apabila anda mula menggunakan internet di luar negara.
| Kuota |
|
|
Singapore, Indonesia, Thailand* | 1GB | 1 Hari | RM4 |
Singapore, Indonesia, Thailand* | 3GB | 7 Hari | RM10 |
* Wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani di Thailand tidak diliputi.
Lebih banyak Roaming Pass dan negara tambahan akan diperkenalkan tidak lama lagi. Nantikan!
5. Bolehkah saya pra-beli Roaming Pass dan adakah had?
Ya. Anda boleh pra-beli Roaming Pass sehingga 60 hari lebih awal. Ia akan aktif secara automatik apabila anda mula menggunakan data di luar negara.
Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh mempunyai satu pas aktif dan satu pas tidak aktif pada satu-satu masa bagi setiap Zon.
6. Adakah Spark menyokong Voice over LTE (VoLTE)?
Ya. VoLTE membolehkan anda membuat panggilan melalui rangkaian 4G untuk kualiti lebih baik dan sambungan lebih pantas.
Dengan VoLTE, anda akan menikmati:
- Kualiti panggilan HD
- Penyambungan panggilan lebih pantas
- Boleh guna suara + data serentak
- Pertukaran lancar antara panggilan suara & video
Perkara penting:
- Hanya berfungsi pada peranti yang disokong (semak dengan pengeluar).
- Memerlukan liputan 4G + kemas kini perisian terkini.
- Biasanya aktif secara automatik, tetapi boleh diaktifkan melalui Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > VoLTE.
- Ketersediaan ketika roaming bergantung pada rangkaian rakan kongsi.
7. Adakah Spark menyokong Voice over WiFi (VoWiFi)?
Ya. Voice over Wi-Fi (VoWiFi) membolehkan anda membuat dan menerima panggilan atau SMS melalui sambungan Wi-Fi apabila isyarat mudah alih terhad atau tidak tersedia.
Perkara penting:
- Berfungsi pada peranti serasi dengan WiFi Calling diaktifkan.
- Memerlukan talian VoLTE aktif + peranti yang disokong.
- Tidak tersedia semasa roaming.
- Kekal tersedia walaupun anda tukar peranti (bergantung pada keserasian).
- Boleh digunakan pada mana-mana rangkaian WiFi (tertakluk pada tetapan router).
- Jika talian digantung, dihalang atau ditamatkan, VoWiFi tidak dapat diakses.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut