Helaian Pendedahan Produk: CelcomDigi Postpaid Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons
Diubah suai pada Tue, 7 Okt pada 12:46 PTG
Maklumat Produk:
Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons adalah faedah eksklusif yang boleh anda boleh nikmati dengan pelan Pascabayar anda; sesuai dengan gaya hidup anda. Semua Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons disertakan dengan kontrak 12 bulan. Jika anda menamatkan kontrak anda lebih awal, caj penamatan awal akan dikenakan.
- Freedom Add-Ons – Nikmati Add-ns percuma di samping pelan Pascabayar tersedia anda, tanpa kos tambahan
- Mega Add-Ons – Nikmati lebih banyak nilai dengan bayaran bulanan kecil di atas pelan Pascabayar semasa anda.
Tarikh Berkuatkuasa: 07 Oktober 2025 – kini
1. BUTIRAN PRODUK & KELAYAKAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
CelcomDigi Freedom Add-Ons and Mega Add-Ons adalah tersedia untuk semua pelanggan pelan Pascabayar CelcomDigi yang layak. Anda boleh melanggan satu (1) tambahan bagi setiap talian mudah alih (MSISDN) di bawah kontrak selama 12 bulan untuk menikmati perkhidmatan pilihan anda. Kelayakan Freedom Add-Ons:
Nota penting: Kuota Internet akan diperbaharui pada permulaan setiap kitaran bil. Kuota Internet yang tidak digunakan akan dilupuskan. Kelayakan Mega Add-Ons:
Nota Penting: Harga yang tertera di atas tidak termasuk cukai 6%. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
2. PENDAFTARAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Setiap talian Pascabayar yang layak boleh melanggan satu (1) Freedom Add-On atau Mega Add-On pada satu masa.
Anda boleh mendaftar Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons melalui aplikasi CelcomDigi atau di Kedai CelcomDigi.
Nota Penting: Jika anda menggunakan pelan Pascabayar Digi atau Celcom yang lama, anda perlu menaik taraf kepada Pelan Pascabayar 5G CelcomDigi yang baharu sebelum boleh melanggan Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
3. CAJ & PEMBAYARAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Freedom Add-Ons: Setiap Freedom Add-On adalah percuma sepenuhnya, dan anda hanya perlu membayar yuran bulanan bagi pelan Pascabayar anda. Mega Add-Ons: Setiap Mega Add-On disertakan dengan nilai dan harga tersendiri. Harga yang dinyatakan ialah jumlah yang perlu anda bayar selain daripada yuran bulanan pelan Pascabayar anda. Setelah melanggan, Freedom Add-On atau Mega Add-On pilihan anda akan diperbaharui secara automatik setiap bulan sepanjang tempoh kontrak 12 bulan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. PENAMATAN PERKHIDMATAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Freedom Add-Ons: Anda akan dikenakan caj penamatan jika anda menamatkan atau menurunkan pelan Pascabayar anda dalam tempoh dua (2) bulan pertama kontrak. Anda akan dikenakan caj penamatan sebanyak RM30 bagi kontrak 12 bulan sekiranya anda menamatkan kontrak atau menurunkan pelan Pascabayar dalam tempoh dua (2) bulan pertama. Jika anda menaik taraf kepada pelan dengan kadar lebih tinggi, anda boleh meneruskan kontrak sedia ada tanpa dikenakan sebarang caj penamatan. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membayar caj penamatan sekiranya anda ingin membatalkan dan menggantikan kontrak semasa dengan kontrak baharu, tanpa mengira sama ada anda menaik taraf, menurunkan, atau mengekalkan kadar pelan yang sama dalam tempoh dua (2) bulan pertama. Mega Add-Ons: Jika anda menamatkan atau menurunkan pelan Pascabayar anda sebelum tempoh kontrak 12 bulan tamat, caj penamatan awal akan dikenakan. Walaupun anda mengekalkan pelan Pascabayar sedia ada tetapi memilih untuk membatalkan Mega Add-On sebelum kontrak 12 bulan tamat, caj penamatan awal tetap akan dikenakan. Caj penamatan awal dikira seperti berikut: Yuran langganan bulanan × Baki bulan kontrak | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5. KEUTAMAAN PENGGUNAAN DATA | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Internet mudah alih anda akan digunakan mengikut turutan berikut, bergantung pada kuota Internet yang tersedia pada masa tersebut:
Ini memastikan data anda digunakan dengan cara paling optimum, bermula dengan data sementara atau bonus sebelum kuota pelan utama anda. |
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut