Soalan Lazim: Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons Pascabayar CelcomDigi

Diubah suai pada Tue, 7 Okt pada 11:53 PG

Umum


1. Apakah Freedom Add-Ons & Mega Add-Ons Pascabayar CelcomDigi? 

Ia adalah pilihan, faedah tambahan yang anda boleh nikmati dengan pelan Pascabayar CelcomDigi anda. Anda hanya perlu melanggan salah satu daripada pilihan add-ons ini dengan kontrak tempoh 12 bulan: 

  • Freedom Add-Ons à Add-ons percuma untuk pelan Pascabayar yang layak 
  • Mega Add-Ons à Pilihan add-ons berbayar untuk lebih nilai, fleksibiliti atau faedah premium 


2. Bagaimanakan Freedom Add-Ons dan Mega Add-Ons berfungsi? 

Jika anda melanggan pelan Pascabayar CelcomDigi yang layak, anda boleh memilih satu add-on (sama ada Freedom Add-On atau Mega Add-On) untuk dinikmati. Setelah dilanggan, add-on anda akan kekal aktif selama tempoh kontrak 12 bulan.


3. Adakah saya akan terikat dengan kontrak 12 bulan jika saya melanggan ke Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons? 

Ya, untuk menikmati Add-Ons ini, anda akan tertakluk ke kontrak 12 bulan. Jika anda batalkan langganan sebelum tempoh 12 bulan tamat, caj penamatan awal akan dikenakan. 

 

4. Apakah Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons yang saya boleh nikmati dengan pelan Pascabayar CelcomDigi saya?  

Add-Ons akan tersedia berdasarkan pelan Pascabayar anda. Untuk senarai faedah terkini, anda boleh melayari aplikasi CelcomDigi anda, laman web kami atau mana-mana kedai CelcomDigi kami. 

Kelayakan 


5. Siapa yang boleh melanggan ke Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons? 

  • Jikan pelan anda layak, tawaran tersebut akan terpapar di aplikasi CelcomDigi anda.
  • Jika tawaran tidak terpapar di aplikasi CelcomDigi anda, bermaksud pelan anda tidak layak. 

 

6. Saya sudah mempunyai kotrak peranti. Bolehkah saya melanggan? 

Setiap talian nombor hanya boleh mempunyai satu kontrak aktif pada satu masa. Jika anda sudah mempunyai kotrak peranti atau servis sedia ada, anda tidak layak untuk Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons. 

Langganan


7. Bagaimanakah cara untuk melanggan ke Add-Ons ini? 

Log masuk ke aplikasi CelcomDigi à pergi ke Shop à pilihan akan terpapar dibawah Power Up Your Plan:  

  • Freedom Add-Ons  
  • Mega Add-Ons 


Setelah anda selesai imbas pilihan, pilih Add-Ons yang anda mahu dan langgan. 

Nota: Jika anda mempunyai kotrak peranti atau servis tersedia, pilihan akan kelihatan berwarna kelabu dalam aplikasi CelcomDigi. 


8. Bagaimanakah saya akan dicaj untuk Freedom Add-Ons or Mega Add-Ons?

  • Freedom Add-Ons: Percuma (tiada bil bulanan) 
  • Mega Add-Ons: Caj langganan bulanan akan terpapar dalam bil Pascabayar bulanan anda. 

Pertukaran Pelan, Penamatan & Pengecualian


9.  Bagaimana jika saya ingin menghentikan Freedom Add-Ons atau Mega Add-On saya sebelum tempoh kontrak 12 bulan saya tamat?

Jika anda ingin batalkan kontrak awal, anda akan dicaj dengan yuran penamatan awal: 

  • Freedom Add-Ons: Yuran tetap RM30
  • Mega Add-Ons: Harga langganan pasaran Add-On x baki bulan kontrak  

 

10. Bagaimana jika saya tukar pelan Pascabayar saya kemudian? 

  • Naik taraf à Jika anda menaik taraf kepada pelan lain yang layak, Add-On anda akan diteruskan tanpa gangguan.
  • Turun taraf à Jika anda menurunkan taraf kepada pelan lain, Add-On anda akan ditamatkan secara automatik dan yuran penamatan awal akan dikenakan.


11. Bilakah saya akan dikenakan bayaran penamatan untuk Freedom Add-Ons atau  Mega Add-Ons? 

Selain daripada memilih untuk menamatkan kontrak 12 bulan anda lebih awal, yuran penamatan juga akan berlaku sekiranya perkara berikut berlaku: 

  • Penamatan talian Pascabayar 
  • Mudah Alih Nombor Telefon (MNP)  Port-Out ke telco lain
  • Pertukaran Pelan – Turun taraf 
  • Pertukaran Pelan – Pascabar ke Prabayar  

 

12. Bagaimana cara untuk membatalkan Freedom Add-Ons atau Mega Add-Ons? 

Pembatalan hanya tersedia di kedai CelcomDigi. Staf kami akan membantu anda dengan proses dan menerangkan caj penamatan awal. 

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut