Ketahui mengenai Spark
Diubah suai pada Tue, 28 Okt pada 10:18 PG
1. Apa itu Spark?
Spark ialah pengalaman mudah alih berasaskan eSIM dan dikendalikan sepenuhnya melalui aplikasi, direka untuk memberi kebebasan kepada pengguna dan menyesuaikan diri dengan gaya hidup digital yang sentiasa berubah.
Ciri-ciri utama:
- Aktif serta-merta – 100% digital, daftar dan guna terus.
- Fleksibiliti penuh – boleh pause, boost, atau sambung bila-bila masa.
- Kawalan penuh – bayar hanya untuk apa yang anda perlukan
- Semuanya dilakukan dalam aplikasi. Tiada menunggu. Semuanya segera
2. Bagaimana saya log masuk ke aplikasi Spark?
Untuk pelanggan baharu, anda boleh mencipta akaun dengan mudah menggunakan alamat e-mel.
Untuk pelanggan sedia ada, log masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda tidak perlu mendaftar akaun baharu.
Jika terlupa kata laluan, tekan “Lupa Kata Laluan” di skrin log masuk dan tetapkan semula menggunakan pautan yang dihantar ke emel anda.
3. Berapa banyak talian boleh saya miliki?
Anda boleh mengaktifkan dan mengurus sehingga 5 talian eSIM aktif bagi setiap akaun Spark. Jika anda sedang menggunakan SIM fizikal, ia akan dikira sebagai salah satu daripada 5 talian aktif anda.
4. Bagaimana saya uruskan berbilang talian?
- Buka aplikasi Spark
- Tekan Urus Talian (atas kanan)
- Pilih talian yang ingin diuruskan
5. Bolehkah saya pindahkan pemilikan talian kepada orang lain?
Pindahan pemilikan talian tidak disokong buat masa ini.
6. Apakah tawaran pelan mudah alih baharu di bawah Spark?
Berikut adalah pelan mudah alih yang tersedia:
| Nama Pelan | Kuota | Panggilan | Harga (RM) | Tempoh Sah |
| Spark Mini | 3GB (4G) | - | RM15 | 30 hari |
| Spark Standard | 40GB (4G/5G) | 100 minit | RM25 | 30 hari |
| Spark Plus | 200GB (4G/5G) | 100 minit | RM65 | 30 hari |
7. Adakah terdapat diskaun untuk pelan Spark?
Ya, ada! Bagi meraikan rakyat Malaysia ke pengalaman baharu ini, pengguna yang mengaktifkan Spark dari sekarang hingga 31 Disember 2025 akan menikmati diskaun RM5 setiap bulan selama 12 bulan.
8. Bagaimana cara saya menggunakan Baucar Spark?
Untuk menebus tawaran ini, gunakan baucar sebelum menyelesaikan pembayaran anda. Anda akan menikmati potongan RM5 setiap bulan selama sehingga 12 bulan, selagi pelan anda diperbaharui pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.
Untuk memastikan proses berjalan lancar, aktifkan Auto-Renew dengan kaedah pembayaran yang sah.
Nota: Baucar ini sah hingga 31 Disember 2025, terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap akaun, dan hanya sah untuk pelan Spark Mini, Standard dan Plus.9. Apa akan berlaku jika saya tukar pelan pada 11 pembaharuan seterusnya atau pembayaran saya gagal?
Jika anda menukar pelan semasa tempoh pembaharuan atau pembayaran tidak berjaya, diskaun RM5 akan terbatal dan tidak boleh dikembalikan.
Untuk menikmati faedah penuh, pastikan pelan anda kekal sama dan kaedah pembayaran anda aktif.
10. Adakah terdapat kontrak dengan Spark?
Tidak.
11. Bagaimana cara untuk saya bayar pelan?
Anda boleh membuat pembayaran melalui saluran digital melalui:
- Kad kredit/debit
- PayPal
- Perbankan dalam talian
- eWallet: Boost, Touch ‘n Go, GrabPay, Alipay
Nota: Baucar tambah nilai fizikal tidak disokong.12. Bolehkah saya buat call forwarding dengan Spark?
Ya, Spark menyokong:
- Forward when busy
- Forward when unanswered
- Forward when unreachable
Nota: “Always Forward” belum disokong buat masa ini. Tip: Gunakan kod negara penuh semasa masukkan nombor (contoh: +6019XXXXXXX).
13. Apa perlu saya buat jika telefon saya hilang?
Log masuk ke aplikasi Spark dengan email dan kata laluan anda pada peranti baharu anda. Pergi ke Aktifkan SIM > SIM Sedia ada saya> eSIM untuk aktifkan semula talian anda.
14. Bagaimana saya boleh aktifkan talian baharu dengan Spark?
Semua talian baharu hanya menggunakan eSIM. Spark sepenuhnya digital dan tidak menyokong SIM fizikal untuk pendaftaran Baharu
15. Bagaimana saya tahu jika peranti saya menyokong eSIM?
Sila rujuk di sini untuk melihat senarai penuh peranti yang menyokong eSIM.
16. Bolehkah saya memindahkan (port-in) nombor sedia ada saya ke Spark?
Port-in nombor belum tersedia buat masa ini. Namun, anda boleh mula guna nombor baharu Spark serta-merta. Daftar, aktifkan eSIM anda dalam beberapa minit, dan anda sudah bersedia untuk berhubung. Tiada lawatan ke kedai, tiada kad SIM — hanya sambungan segera.
17. Saya mahu port out ke telco lain. Apa perlu saya buat?
- Kami kesal kerana anda ingin meninggalkan Spark. Berikut adalah langkahnya:
- Pergi ke telco pilihan anda
- Maklumkan bahawa anda mahu port out dari Spark
- Pihak telco akan uruskan proses
- Anda akan terima emel pengesahan — klik Yes untuk sahkan
18. Bolehkah saya gunakan Spark eSIM pada jam tangan pintar (smartwatch)?
Tidak, Spark eSIM tidak disokong pada peranti jam tangan pintar buat masa ini.
19. Bagaimana saya boleh mendapatkan bantuan jika menghadapi masalah?
Jika anda memerlukan bantuan, pergi sahaja ke bahagian Bantuan dalam aplikasi Spark. Anda boleh bersembang secara langsung dengan kami atau menghantar tiket sokongan pada bila-bila masa.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut