Soalan Lazim: Mega Add-Ons Disney+ dengan CelcomDigi Postpaid

Diubah suai pada Tue, 7 Okt pada 3:34 PTG

Umum

 

1. Apakah itu Disney+? 

Disney+ adalah platform penstriman yang khusus untuk filem dan rancangan dari Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, dan Star. Disney+ menawarkan pelbagai pilihan tayangan eksklusif termasuk filem, dokumentari, siri aksi, siri animasi, dan kandungan pendek. 

 

2. Apakah itu Mega Add-Ons Disney+?

Ia merupakan langganan kontrak Disney+ pada kadar bulanan yang lebih rendah apabila anda komited untuk tempoh tetap 12 bulan. Selain daripada akses penuh ke kandungan Disney+, setiap langganan turut disertakan dengan kuota bonus bulanan sebanyak 5GB. Untuk maklumat harga terkini, sila layari laman web CelcomDigi di sini.

 

3. Di manakah boleh saya muat turun aplikasi Disney+? 

Anda boleh muat turun aplikasi Disney+ melalui: 

 

4. Di manakah saya boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai aplikasi Disney+? 

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat di https://help.apps.disneyplus.com/

Kelayakan


5. Adakah saya layak untuk melanggan Mega Add-Ons Disney+?

Dinyatakan di bawah adalah pelanggan CelcomDigi Postpaid yang layak untuk melanggan:

  • CelcomDigi One Pro 
  • CelcomDigi One Lite
  • CelcomDigi One Pro DS
  • CelcomDigi One Lite DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80
  • CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE
  • CelcomDigi Postpaid 5G 160 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 140 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 120 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 100 DS
  • CelcomDigi Postpaid 5G 80 DS

Langganan, Pengkatifan, Penggunaan & Pembatalan: 

 

6. Apakah pakej Disney+ yang ditawarkan dengan Mega Add-Ons?

Add OnsHargaInternet  Pantas (5G/4G)Tempoh Sah Internet  Tempoh Sah QuotaTempoh Sah Akses
Disney+ (Basic) RM 12.905GB 30 hariBerdasarkan kitaran bil Pascabayar bulanan anda

Nota: Kuota akan diperbaharui setiap bulan sepanjang tempoh kontrak 12 bulan.
12 bulan berturut-turut dari tarikh langganan
Disney+ (Premium) RM 27.90
Nota: Kuota 5GB adalah Internet Pantas dan boleh digunaka untuk tethering / hotspot.

7. Apakah akses yang tersedia untuk Disney+?

Langganan
Pelan Disney+ BasicPelan Disney+ Premium
Tonton semua judul ✓ 
Muat turun kandungan terpilih (maksimum 10 peranti mudah alih sahaja)^ ✓ 
Cipta Profil Sehingga 7 Sehingga 7 
Penstriman Serentak 1 Skrin3 Skrin
Log masuk peranti maksimum 3 Peranti10 Peranti
Cast/Airplay  ✓ 
Kualiti Video MaksimumSehingga Full HD
(1080p)
Sehingga Full HD
(2160p)
Kualiti Audio Maksimum Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby) Sehingga Dolby Atmos (5.1 Dolby) 
Peranti Serasi Telefon, Tablet, Laptop, TVTelefon, Tablet, Laptop, TV

 

8. Bagaimanakah cara untuk melanggan Mega Add-Ons Disney+?

Langganan boleh dibuat melalui aplikasi CelcomDigi.

Saluran Cara melanggan 
Aplikasi CelcomDigi  Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
Langkah 2: Pilih Shop
Langkah 3: Plilih Mega Add-Ons
Langkah 4: Pilih Mega Add-Ons Disney+ (Basic or Premium) & 5GB internet 
Langkah 5: Klik Confirm Subscription untuk teruskan 

 

9. Adakah terdapat sebarang pemberitahuan selepas pengaktifan Mega Add-Ons Disney+? 

Ya, anda akan menerima SMS alu-aluan apabila berjaya melanggan dan SMS berasingan pada log masuk terperinci untuk akses Disney+. SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit utama. 

 

Jika anda tidak menerima SMS, anda masih boleh cuba log masuk ke aplikasi Disney+. Sila hubungi kami melalui WhatsApp

 

10. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit saya untuk mengaktifkan Disney+. Apa yang patut saya lakukan? 

Sila pastikan nombor telefon bimbit anda adalah nombor telefon bimbit CelcomDigi yang sama yang digunakan semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor telefon bimbit CelcomDigi yang sama. 

Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

 

11. Setelah pengaktifan pakej ini berjaya, begaimana saya log masuk Disney+? 

Untuk mengaktifkan langganan anda:

  • Aplikasi CelcomDigi: Pilih My Plan → Pergi ke Lifestyle Subscription pilih langganan Disney+ anda → tekan pautan di Access Via


Selepas anda klik pautan, anda akan dibawa ke aplikasi Disney+, di mana anda akan menerima mesej untuk mengikuti langkah-langkah berikut:

Untuk desktop 

  1. Pergi ke halaman utama Disney+ dan pilih Log Masuk
  2. Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama yang anda gunakan untuk membeli langganan). 
  3. Sila bersetuju dengan Terma Penggunaan, Dasar Privasi dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan mengklik butang di bawah. 
  4. Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; Masukkan kod 4 digit ke penyemak imbas. 
  5. Mulakan penstriman! 

Untuk aplikasi mudah alih iOS / Android 

  1. Muat turun aplikasi Disney+. 
  2. Sila bersetuju dengan Terma Penggunaan, Dasar Privasi dan Dasar Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan mengklik 'Setuju & Teruskan'
  3. Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama yang anda gunakan untuk membeli langganan). 
  4. Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; Masukkan kod 4 digit ke dalam aplikasi. 
  5. Mulakan penstriman!

Untuk peranti ruang tamu 

  1. Buka aplikasi Disney+ pada peranti Ruang tamu anda. 
  2. Klik pada 'Setuju dan Teruskan'
  3. Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk log masuk (nombor yang sama yang anda gunakan untuk membeli langganan). 
  4. Masukkan OTP yang dihantar ke nombor anda. 
  5. Mulakan penstriman! 

12. Saya telah melanggan Mega Add-Ons Disney+. Berapa lamakah tempoh sah untuk langganan ini?

Jenis Langganan Tamat Tempoh Kandungan 
Tempoh Sah Internet Kuota Kuota Internet Tambahan Mega Add-Ons Disney+ akan diperbaharui setiap bulan berdasarkan tarikh kitaran bil Postpaid anda, dan akan berterusan sepanjang tempoh kontrak selama 12 bulan.

Nota: Apabila kuota bulanan ini diperbaharui, langganan anda akan dikenakan caj pada masa yang sama.

 
Tempoh Sah Akses Disney+ Premium Tempoh sah akses Disney+ akan mengikut kiraan bulan kalendar, dengan tarikh tamat sama ada pada hari yang sama bulan berikutnya, atau pada hari terakhir bulan berikutnya — yang mana lebih awal.
Anda boleh merujuk tempoh sah akses Disney+ di dalam aplikasi Disney+.

Contoh seperti di bawah:
Akses Disney+ BermulaAkses Disney+ Tamat
30 Dec 2024 3pm30 Jan 2025 2:59pm
30 Jan 2025 3pm28 Feb 2025 2:59pm
28 Feb 2025 3pm28 Mar 2025 2:59pm

 

13. Bolehkah saya melanggan StreamMORE Disney+ yang sama berulang kali pada hari yang sama?

Tidak. Anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif StreamMORE Disney+ pada satu masa. Untuk melanggan StreamMORE Disney+ Add-Ons, anda perlu menamatkan terlebih dahulu langganan Mega Add-Ons Disney+ sedia ada. Jika langganan anda masih dalam tempoh kontrak, caj penamatan awal akan dikenakan.

 

14. Bolehkah saya menggunakan langganan Disney+ saya pada peranti lain?

Ya, anda boleh log masuk pada peranti lain yang serasi menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.


15. Bolehkah saya menggunakan kuota bonus daripada Mega Add-Ons Disney+ semasa roaming?

Tidak. Kuota hanya sah untuk kegunaan domestik (dalam Malaysia sahaja).


16. Bolehkah saya membatalkan langganan Mega Add-Ons Disney+ pada bila-bila masa?

Ya, tetapi anda perlu hadir ke Celcom BlueCube, Digi Store, atau CelcomDigi Stores untuk membatalkan. Namun, jika anda membatalkan sebelum kontrak 12 bulan tamat:

Tiada bayaran balik pro-rata akan diberikan

  • Kuota anda akan dihentikan serta-merta & anda tidak akan dapat menggunakannya untuk baki kitaran bil
  • Akses Disney+ anda akan ditamatkan serta-merta
  • Caj penamatan awal akan dikenakan, dikira seperti berikut:
  • Yuran langganan bulanan x Baki bulan kontrak


17. Apa akan terjadi jika saya menamatkan talian pascabayar saya?

Jika anda menamatkan talian pascabayar, anda tidak lagi dapat mengakses Disney+ serta-merta. Tiada prorata caj akan diberikan, caj penuh akan dikenakan. Caj penamatan awal juga akan dikenakan berdasarkan baki tempoh kontrak.


18. Saya ada langganan Disney+ sedia ada melalui bil terus (direct billing) atau kad bank. Bolehkah saya masih melanggan Mega Add-Ons Disney+ dengan nombor mudah alih yang sama?

Ya, anda boleh. Namun, perlu diingatkan jika kedua-dua langganan aktif, kedua-duanya akan dicaj serentak. Untuk elak dicaj berganda, anda perlu memastikan hanya langganan yang diingini kekal aktif dan batalkan langganan yang lain.


19. Adakah caj Mega Add-Ons Disney+ juga berdasarkan kontrak 12 bulan?

Ya. Caj Mega Add-Ons Disney+ akan dibilkan secara bulanan (mengikut kitaran bil Pascabayar anda) sepanjang tempoh kontrak 12 bulan.


20. Jika talian pascabayar saya digantung / disekat, apa akan terjadi pada Mega Add-Ons Disney+ saya?

Anda tidak akan dapat mengakses atau menggunakan manfaat Mega Add-Ons Disney+ anda.


21. Bolehkah saya memindahkan manfaat Mega Add-Ons Disney+ dari satu nombor mudah alih ke nombor lain?

Tidak. Akses / manfaat ini tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain.


22. Saya telah memohon untuk memadam akaun Disney+. Bolehkah saya batalkan permintaan pemadaman itu?

Ya, pembatalan pemadaman akaun boleh dibuat jika permintaan dikemukakan dalam tempoh 7 hari selepas akaun dipadam. Sila hubungi kami melalui WhatsApp.


23. Saya mempunyai beberapa nombor mudah alih CelcomDigi. Bolehkah saya mengemas kini log masuk Mega Add-Ons Disney+ ke nombor lain?

Tidak, akses tidak boleh dipindahkan ke nombor mudah alih lain. Pelanggan hanya boleh log masuk ke Disney+ menggunakan nombor mudah alih CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan.


Jika anda mempunyai nombor CelcomDigi lain, anda perlu membuat langganan baharu Mega Add-Ons Disney+ menggunakan nombor tersebut melalui aplikasi CelcomDigi.


24. Saya bukan pelanggan CelcomDigi. Bolehkah saya memindahkan langganan Disney+ sedia ada saya ke Mega Add-Ons Disney+?

Untuk menikmati Mega Add-Ons Disney+, anda boleh port-in ke pelan Pascabayar CelcomDigi dan batalkan langganan sedia ada anda bagi mengelakkan caj berganda. Setelah selesai, anda boleh melanggan dan mengaktifkan Mega Add-Ons Disney+ mengikut langkah-langkah di atas.

Keperluan Teknikal dan Keserasian 


25. Peranti manakah yang serasi dengan Disney+?

Disney+ tersedia pada pelbagai peranti mudah alih, tablet, pelayar web dan peranti pintar yang menyokong internet:


Desktop atau Laptop (Pelayar Web)

  • Chrome (versi 75+)
  • Safari (versi 11+)
  • Microsoft Edge (versi 79+)
  • Firefox

Telefon dan Tablet

  • Android mudah alih v5.0
  • iOS v12+
  • iPad v10+

Peranti Ruang Tamu

  • Android TV (OS 7.0 ke atas)
  • Chromecast [Gen2 ke atas (Firmware 1.43+)]
  • Apple TV OS 11+ (Gen 4 ke atas)
  • Apple TV 4K (semua 3 generasi)
  • LG TV (model 2018/ web OS 4.0 ke atas – tidak tersedia pada TV M3)
  • Samsung TV (model 2017 ke atas dengan sistem operasi Tizen)
  • Hisense Smart TV dan Toshiba Smart TV dengan VIDAA OS U6 1.2 serta beberapa model lain

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Disney+ 


26. Saya ada pertanyaan lanjut atau masalah dengan langganan Mega Add-Ons Disney+. Di mana saya boleh dapatkan bantuan?

Sila hubungi kami melalui WhatsApp.

 

27. Apakah terma akses saya ke Disney+?

Dengan melanggan Disney+, tanpa mengira sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran Disney+, pelanggan (anda) bersetuju dan mengesahkan bahawa anda telah membaca, memahami, menerima serta bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut:

  1. Terma & Syarat CelcomDigi: CelcomDigi 
  2. Terma Penggunaan Disney+ 
  3. Dasar Privasi Disney+ 
  4. Dasar Privasi Tambahan Disney+ di Malaysia

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut