Soalan Lazim: CelcomDigi WebSHIELD
Diubah suai pada Wed, 12 Nov pada 9:23 PG
1. Apa itu CelcomDigi WebSHIELD?
CelcomDigi WebSHIELD is a safety & protection service that helps protect you online by automatically blocking websites that may contain phishing, malware, or ransomware—before any connection is made. As long as you’re on CelcomDigi network in Malaysia and subscribed to WebSHIELD, you’ll enjoy peace of mind while you browse every day.
2. Berapakah harga WebSHIELD?
Pilih pelan mengikut keperluan anda:
Add-On WebSHIELD:
- RM1/bulan, berkuat kuasa 21 Ogos 2025, sehingga diberitahu kemudian.
- Freedom Add-ons WebSHIELD dengan kontrak 12-bulan: RM0/month
3. Adakah terdapat platform mudah alih atau model peranti tertentu yang disokong oleh WebSHIELD?
Oleh sebab WebSHIELD direka untuk melindungi pengguna CelcomDigi, tiada sekatan ke pada platform mudah alih atau modal peranti tertentu. Selagi anda berhubung dengan rangkaian CelcomDigi di Malaysia dan melanggan ke WebSHIELD apabila anda melayari internet, anda akan dilindungi..
4. Bagaimanakah cara untuk melanggan ke WebSHIELD?
| Saluran Langganan | Add-On WebSHIELD | Freedom Add-Ons WebSHIELD |
| Aplikasi CelcomDigi |
|
|
5. Berapa banyak lesen yang boleh saya dapat jika saya melanggan ke WebSHIELD?
Satu nombor telefon hanya layak untuk satu lesen WebSHIELD.
6. Adakah saya akan dimaklumkan apabila WebSHIELD telah diaktifkan?
Ya, anda akan menerima SMS setelah langganan WebSHIELD anda berjaya.
7. Untuk peranti iOS, bagaimana cara untuk memastikan perlindungan WebSHIELD berfungsi dengan betul?
Untuk pastikan perlindungan WebSHIELD berfungsi dengan betul di peranti iOS, sila semak iCloud Private Relay telah dinyahaktifkan. Ciri ini menyembunyikan alamat IP anda semasa anda layari Internet, dan ini boleh mengganggu keupayaan WebSHIELD untuk mengesan dan melindungi sambungan anda.
Cara untuk nyahaktifkan iCloud Private Relay di iOS:
- Buka Settings
- Tap iCloud
- Pilih Private Relay
- Jika butang togol adalah hijau, luncurkannya ke kiri untuk mematikannya
8. Apakah tempoh sah bagi langganan WebSHIELD?
Setelah langganan berjaya, WebSHIELD akan Lindungi anda selama 30 hari.
9. Adakah langganan WebSHIELD saya akan diperbaharui secara automatik?
Ya, langganan WebSHIELD anda akan diperbaharui secara automatik supaya anda kekal terlindung tanpa perlu mengangkat jari.
Tiada peringatan, tiada langkah manual—hanya perlindungan berterusan yang lancar untuk pengalaman atas talian anda.
10. Bolehkah saya melanggan ke WebSHIELD lebih daripada sekali?
WebSHIELD direka untuk menjadi perkhidmatan langganan sekali sahaja. Sebaik sahaja anda melanggan, anda akan dilindungi sepenuhnya—tidak perlu melanggan skali lagi!
Jika anda cuba melanggan kali kedua, anda akan menerima notifikasi yang memberitahu anda bahawa anda sudah dilindungi.
11. Bolehkah saya melanggan ke WebSHIELD untuk ahli keluarga saya?
Ya, jika mereka adalah dibawah talian tambahan / family.
12. Adakah saya perlu menjalankan imbasan secara manual dengan WebSHIELD??
Tidak perlu. WebSHIELD berfungsi secara automatik di latar belakang setiap kali anda melayari menggunakan pelayar mudah alih anda. Tiada setup diperlukan, tiada langkah tambahan — hanya perlindungan yang lancar.
13. Adakah WebSHIELD berfungsi jika saya menggunakan hotspot?
Ya, jika nombor telefon yang anda gunakan melanggan ke WebSHIELD, maka semua peranti yang disambungkan dengannya juga akan mendapat perlindungan WebSHIELD.
14. Bagaimana jika saya berubah fikiran - bolehkah saya membatalkan perkhidmatan ini?
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membatalkan perkhidmatan:
| Saluran | Cara Pembatalan |
| Aplikasi CelcomDigi |
|
Untuk membatalkan kontrak 12-bulan Freedom Add-Ons WebSHIELD, sila kunjungi kedai CelcomDigi terdekat.15. Adakah saya akan dicaj jika saya batalkan WebSHIELD?
Ia bergantung pada pelan WebSHIELD yang anda gunakan – berikut adalah pecahan ringkas:
| Pelan WebSHIELD | Kontrak | Caj Penamatan Awal |
| Add-on WebSHIELD | Tidak | Tidak – boleh batal pada bila-bila masa |
| Freedom Add-Ons WebSHIELD (dengan kontrak 12-bulan) | Ya (12-bulan) | Ya – Caj RM30 akan dikenakan jika anda menamatkan kontrak anda dengan pelan semasa anda |
16. Apa yang perlu saya lakukan jika WebSHIELD tidak berfungsi dengan betul?
Jika anda mengalami isu dengan WebSHIELD, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
Pasukan kami akan membantu secepat mungkin untuk memastikan perlindungan anda kembali berfungsi.
Nota: CelcomDigi WebSHIELD direka untuk membantu melindungi anda daripada phishing, pautan berbahaya dan ancaman dalam talian lain—namun tiada penyelesaian keselamatan yang dapat menghalang 100% risiko. Walaupun ia menambah lapisan perlindungan yang kukuh, kami sentiasa menggalakkan anda untuk kekal berwaspada dan mengamalkan tabiat melayari internet yang selamat
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut