Soalan Lazim: Vision+ Bundle CelcomDigi Prepaid 5G - StreamMORE Vision+ (Premium)

Diubah suai pada Tue, 7 Okt pada 2:56 PTG

1. Apakah itu Vision+?

Vision+ adalah perkhidmatan penstriman video over-the-top dari Indonesia yang dimiliki oleh MNC Group, kumpulan media terbesar di Asia Tenggara. Kandungan perkhidmatan Vision+ terdiri daripada video atas permintaan (tajuk asal, drama dan rancangan TV, filem), saluran bebas udara dan premium (termasuk saluran antarabangsa).


2. Di manakah saya boleh strim dengan Vision+?

Anda boleh menstrim melalui aplikasi Vision+ yang tersedia di Google Play Store untuk peranti Android dan Apple App Store untuk peranti iOS dan iPadOS. Anda juga boleh menstrim menggunakan laman sesawang yang disokong melalui https://www.visionplus.id/ untuk peranti lain.


3. Peranti apakah yang serasi dengan Vision+?

Vision+ tersedia pada senarai luas peranti mudah alih yang disokong internet, tablet, pelayar web dan peranti pintar:

Telefon Pintar & Tablet

  • Android mobile v5.0   
  • iOS v12+ 
  • iPadOS v10+ 

Desktop/

  • Chrome (version 75+)
  • Safari (version 11+) 
  • Microsoft Edge (version 79+) 
  • Firefox  

Apple TV, Smart TV, Android TV

  • Android TV (OS 7.0 or above) 
  • Chromecast [Gen2 above (Firmware 1.43+)] 
  • Apple tvOS 11+ (Gen 4 above) 
  • Apple TV 4K (all 3 generations) 
  • LG TV (2018 models/ web OS 4.0 or above- not available on TV M3)
  • Samsung TVs (2017 and above models with Tizen operating system) 
  • Hisense Smart TVs and Toshiba Smart TVs with VIDAA OS U6 1.2 and few other models

Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman web Vision+.


4. Apakah akses yang tersedia dalam Vision+?

Dengan langganan Premium, Vision+ menawarkan pengalaman penstriman yang dipertingkatkan dengan ciri-ciri eksklusif berikut:

Vision+ Premium Malaysia

Tonton semua tajuk*

Muat turun kandungan terpilih

Cipta Profil 

Sehingga 8

Penstriman serentak

2 Skrin

Maksimum log masuk peranti

5 peranti

Cast/Airplay

Kualiti Video Maksimum

Sehingga Full HD (1080p)

Kualiti Audio Maksimum

Sehingga Dolby Atmos

Peranti serasi

Telefon, Tablet, Laptop, Android TV 

*Nota: Tidak termasuk saluran sukan dan pameran awam.   


5. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Vision+?

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman utama Vision+.


6. Bagaimanakah saya boleh menikmati Vision+?

Pelanggan CelcomDigi yang melanggan pas penstriman berikut boleh menikmati Vision+ secara automatik sebahagian daripada langganan mereka.

Pas Vision+

Harga

Internet Pantas
(5G/4G)

Tempoh Sah Kuota

Tempoh Sah Akses Vision+

Pembaharuan Auto

StreamMORE Vision+ Premium

+ 5GB (5G+4G)

RM14.90

5GB*

30 hari

30 hari
  (akhir hari)

Ya

Nota:  1. Kuota 5GB* adalah Internet pantas 5G+4G dan boleh digunakan untuk tethering atau hotspot.  2. Hari ke-31 juga adalah Hari 1 untuk kitaran baharu. Akses dan kuota akan diperbaharui secara automatik.


7. Adakah saya layak untuk melanggan StreamMORE Vision+ (Premium) dengan 5GB?

Pelanggan CelcomDigi Prabayar dengan pelan-pelan berikut layak untuk melanggan pas Pembaharuan Auto ini:

Add-On

Pelan Celcom

Pelan Digi

  • StreamMORE Vision+ Premium with 5GB
  • SpeedSTREAM Vision+ Premium
  • CelcomDigi Prepaid 5G Biru
  • Celcom Xpax 
  • Celcom XPAX 
  • Celcom XPAX 2021 
  • XPAX 
  • Xpax 
  • XPAX TURBO 
  • XPAX Youth 
  • Xpax24 
  • Xmax 
  • Xmid 
  • X2 
  • Travel Pack 
  • SOX-UOX 
  • New UOX 
  • New SOX 
  • Magic SIM 
  • IOX Data Only 
  • IOX 
  • Holiday SIM 
  • DataOnly 
  • BlueKhas 
  • Blue
  • CelcomDigi Prepaid 5G Kuning
  • Digi prepaid NEXT   
  • Digi PREPAID NEXT   
  • Digi Prepaid NEXT   
  • Raja kombo   
  • Raja Kombo   
  • Digi Prepaid Best 2017   
  • DiGi Best Prepaid v4   
  • DiGi Easy Prepaid v3  
  • Digi Prepaid LiVE 


8. Bagaimanakah saya boleh melanggan StreamMORE Vision+?

Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi Celcom Life/ MyDigi.

Saluran

Langkah melanggan

Aplikasi Celcom Life & MyDigi

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life atau MyDigi  

Langkah 2: Pilih Shop dan pilih Lifestyle  

Langkah 3: Pilih Entertainment dan pilih ikon Vision+ 

Langkah 4: Pilih Vision+ (Premium) & 5GB internet  

Langkah 5: Pilih Confirm Subscription untuk teruskan


9. Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi selepas pengaktifan bundle berjaya?

Ya, anda akan menerima SMS aluan setelah langganan berjaya. SMS tersebut akan dihantar ke nombor talian CelcomDigi yang membuat langganan.


10. Bagaimanakah saya boleh mengakses akaun Vision+ saya?

Anda boleh log masuk melalui OTP yang dihantar ke nombor talian CelcomDigi anda semasa log masuk. Sila rujuk soalan #12 untuk maklumat lanjut.


11. Saya tidak menerima OTP pada telefon bimbit saya untuk mengaktifkan Vision+. Apakah yang perlu saya lakukan? 

Sila pastikan nombor talian anda adalah nombor CelcomDigi yang sama digunakan semasa langganan. OTP hanya akan dihantar ke nombor mudah alih CelcomDigi tersebut.


Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

 

12. Selepas pengaktifan bundle berjaya, bagaimanakah saya log masuk ke Vision+?

 

Pada pelayar desktop:

  1. Pergi ke Vision+ dan pilih ‘Log Masuk/Daftar’
  2. Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
  3. Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
  4. Setuju dengan Terma Penggunaan, Polisi Privasi dan Polisi Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan mengklik butang di bawah.
  5. Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod 4 digit tersebut ke dalam pelayar.
  6. Masukkan alamat emel anda dan sahkan dengan OTP yang dihantar ke emel anda (langkah ini boleh diabaikan).
  7. Pilih penilaian kandungan untuk Profil anda.
  8. Pilih bahasa kandungan yang anda inginkan.
  9. Mula Menstrim!

Untuk aplikasi mudah alih OIS / Android:

  1. Muat turun aplikasi Vision+ dari Apple App Store atau Google Play Store.
  2. Buka aplikasi dan klik ‘Log Masuk’.
  3. Pilih ‘Teruskan dengan OTP’.
  4. Tukar awalan negara kepada Malaysia (+60) dan masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
  5. Setuju dengan Terma Penggunaan, Polisi Privasi dan Polisi Privasi Tambahan untuk Malaysia dengan klik ‘Setuju & Teruskan’.
  6. Masukkan nombor mudah alih anda untuk log masuk (nombor yang sama digunakan untuk pembelian langganan).
  7. Anda akan menerima kod 4 digit melalui SMS; masukkan kod 4 digit tersebut ke dalam aplikasi.
  8. Pilih penilaian kandungan untuk Profil anda.
  9. Pilih bahasa kandungan yang anda inginkan.
  10. Mula Menstrim!

Untuk peranti ruang tamu:

  1. Buka aplikasi Vision+ di TV anda. 
  2. Pada skrin TV, klik ‘Log Masuk’. 
  3. Menggunakan peranti mudah alih anda, imbas kod QR yang dipaparkan di TV atau layari https://www.visionplus.id/webclient/#/activate. 
  4. Pastikan anda telah log masuk ke akaun Vision+ di peranti mudah alih anda. 
  5. Anda akan dibawa ke halaman log masuk untuk mengaktifkan Vision+ di TV anda. 
  6. Masukkan kod 9 digit yang tertera di skrin TV anda. 
  7. Klik ‘Hantar’ untuk meneruskan. 
  8. Anda kini berjaya log masuk ke aplikasi Vision+ di TV anda. 
Nota: Peranti ini hanya dianggap sebagai peranti pendamping. Anda perlu mencipta akaun terlebih dahulu melalui laman web atau aplikasi Vision+.

13. Saya telah melanggan StreamMORE Vision+. Bilakah bundle ini akan tamat tempoh?

  • Tempoh Sah Pas Kuota Internet: Langganan kuota Internet StreamMORE Vision+ akan sah sehingga 11:59pm pada hari ke-30 dari Tarikh langganan. Sebarang kuota yang tidak digunakan akan dilupuskan.
  • Tempoh Sah Akses Vision+: Tempoh sah akses Vision+ akan mengikuti pengiraan bulan kalendar, dengan tarikh luput pada hari yang sama bulan berikutnya, atau hari terakhir bulan berikutnya, yang mana lebih awal. Contoh seperti yang ditunjukkan di bawah.


Akses Vision+ Bermula

Akses Vision+ Tamat

30 Dec 2024 3:00 p.m.

30 Jan 2025 2:59 p.m.

30 Jan 2025 3:00 p.m.

28 Feb 2025 2:59 p.m.

28 Feb 2025 3:00 p.m.

28 Mar 2025 2:59 p.m.

 

14. Bolehkah saya melanggan StreamMORE Vision+ Premium yang sama berkali-kali?

Tidak, anda tidak dibenarkan membuat pembelian untuk pas StreamMORE Vision+ Premium yang sama berkali-kali semasa langganan masih aktif.


Walau bagaimanapun, jika anda membeli secara serentak pas Vision+ Premium yang berbeza (contohnya bermula dengan pas SpeedSTREAM Vision+ Premium, kemudian pas StreamMORE Vision+ Premium), pas Vision+ Premium yang pertama akan dibatalkan dan tidak akan diperbaharui.


Dalam contoh ini, pembaharuan hanya akan diteruskan dengan langganan terbaru sahaja, iaitu pas StreamMORE Vision+ Premium. Tiada pengiraan prorata bagi caj langganan yang dibatalkan.


15. Bolehkah saya membeli pas StreamMORE atau SpeedSTREAM untuk platform penstriman yang berbeza walaupun saya telah melanggan pas Vision+ Premium dari CelcomDigi?
Ya, anda dibenarkan membeli pas StreamMORE atau SpeedSTREAM lain untuk platform penstriman yang berbeza (Disney+, Viu dan iQIYI) selepas melanggan SpeedSTREAM Vision+ Premium.


16. Saya telah melanggan StreamMORE Vision+ Premium. Apakah yang akan berlaku jika saya tamatkan talian atau port-out?

Jika anda menamatkan talian atau melakukan port-out, anda tidak akan dapat mengakses Vision+ serta-merta. Tiada pengiraan prorata bagi caj, dan caj penuh akan dikenakan.


17. Saya telah melanggan pas StreamMORE Vision+ Premium. Apakah yang akan berlaku jika saya memindahkan talian saya ke nama pemilik lain (Transfer of Ownership)? 

Akses kandungan akan dipindahkan kepada pemilik baru nombor talian tersebut. Kami menyarankan supaya anda membatalkan langganan perkhidmatan tersebut sebelum melakukan pemindahan pemilikan ke nama pemilik lain. 


18. Saya telah habiskan kuota internet saya untuk menstrim kandungan di Vision+. Apakah yang perlu saya lakukan? 

Anda boleh melanggan Pas One-Time CelcomDigi atau melanggan Pas Bulanan dengan kuota internet yang mencukupi untuk terus menikmati kandungan di Vision+. 


19. Apakah yang akan terjadi dengan pembaharuan automatik StreamMORE Vision+ Premium saya jika baki talian saya tidak mencukupi?  

Add-Ons StreamMORE Vision+ Premium akan ditamatkan jika baki kredit tidak mencukupi untuk pembaharuan automatik. Pastikan baki kredit anda mencukupi 24 jam sebelum langganan tamat.


20. Saya mempunyai langganan Vision+ yang lain melalui pelbagai saluran pembayaran (Pengebilan Operator / Kad Perbankan). Bolehkah saya melanggan StreamMORE Vision+ Premium menggunakan nombor telefon yang sama? 

Untuk makluman, jika kedua-dua langganan adalah aktif, anda akan dikenakan caj secara serentak. Untuk mengelakkan perkara ini, sila pastikan langganan yang dikehendaki kekal aktif dan membatalkan langganan yang lain. 


21. Saya mempunyai lebih dari satu nombor talian CelcomDigi, bolehkah saya tukar log masuk Vision+ saya ke nombor lain? 

Tidak, akses Vision+ Premium tidak boleh dipindahkan ke nombor talian lain. Pelanggan hanya boleh log masuk ke Vision+ menggunakan nombor talian CelcomDigi yang digunakan semasa melanggan Vision+.


Jika anda mempunyai nombor talian CelcomDigi yang lain, anda perlu melanggan StreamMORE Vision+ Premium yang baru menggunakan nombor talian baru melalui aplikasi Celcom Life / MyDigi. 


22. Bolehkah saya menggunakan StreamMORE Vision+ Premium saya pada peranti lain? 

Ya, anda boleh log masuk pada peranti yang serasi menggunakan nombor talian CelcomDigi yang digunakan semasa langganan. 


23. Saya bukan pelanggan CelcomDigi, bolehkah saya melanggan StreamMORE Vision+ Premium?  

Hanya pelanggan CelcomDigi yang layak untuk membeli StreamMORE Vision+ Premium. Anda perlu menjadi pelanggan CelcomDigi sebelum dapat melanggan StreamMORE Vision+ Premium dan menikmati penstriman dengan nilai dan penjimatan yang lebih baik. 


24. Bolehkah saya menggunakan kuota StreamMORE Vision+ Premium saya semasa perantauan (roaming)? 

Tidak. Kuota ini hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja (di dalam Malaysia). 


25. Saya telah melanggan StreamMORE Vision+ Premium. Bolehkah saya membatalkan langganan? 

Ya, anda boleh membatalkannya pada bila-bila masa melalui aplikasi Celcom Life/MyDigi (bergantung kepada yang berkenaan). Namun, tiada prorata caj akan dikenakan — caj penuh tetap akan dikenakan. Selepas pembatalan, kuota dan akses Vision+ Premium akan kekal aktif sehingga tamat tempoh langganan semasa. 

Saluran

Cara membatalkan langganan

Aplikasi Celcom Life / MyDigi
 

Langkah 1: Log masuk ke aplikasi Celcom Life / MyDigi.  

Langkah 2: Pergi ke Kedai dan pilih Gaya Hidup.

Langkah 3: Pilih Langganan Saya.

Langkah 4: Pilih langganan Disney+ Hotstar.

Langkah 5: Klik Nyahlanggan untuk meneruskan.  

 

26. Apakah terma akses saya ke Vision+?
 Dengan melanggan Vision+, dalam setiap kes sama ada anda log masuk atau melengkapkan proses pendaftaran untuk Vision+, Pelanggan (anda) juga bersetuju dan mengesahkan bahawa dia/anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat berikut.

  1. Terma & syarat CelcomDigi: CelcomDigi
  2. Terma Penggunaan Vision+
  3. Lesen Perisian


Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut