Mengapakah saya perlu membayar bil akhir sebelum pemindahan keluar / port-out?
Diubah suai pada Tue, 14 Okt pada 7:48 PTG
Bil akhir akan dijana apabila permintaan pemindahan keluar / port-out telah diterima oleh CelcomDigi. Bil akhir merangkumi yuran bulanan (pro-rata), perkhidmatan tambahan yang dikenakan caj, penggunaan bercaj dan sebarang jumlah tertunggak lain (tidak termasuk caj penalti).
Pelanggan dikehendaki membuat pembayaran dalam masa 2 jam selepas menerima SMS pemindahan keluar / port-out. Sila lakukan pembayaran tepat pada masanya untuk meneruskan proses pemindahan keluar / port-out. Bil hanya boleh diperolehi melalui pautan yang disediakan dalam SMS daripada Celcom atau Digi.
SMS dari Celcom atau Digi:
"Hai! Jumlah yg perlu dibayar adalah RM<jumlah hotbill>. Untuk melengkapkan port-out anda, sila bayar dalam masa 2 jam. Cari “HOTBILL” di laman web CelcomDigi.”
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi kami melalui WhatsApp.
Adakah artikel ini membantu?
Itu Hebat!
Terima kasih atas maklum balas anda
Maaf! Kami tidak dapat membantu
Terima kasih atas maklum balas anda
Maklum balas dihantar
Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut