Bolehkah saya pindah milik akaun saya kepada orang lain?

Diubah suai pada Tue, 14 Okt pada 7:47 PTG

Anda boleh membuat permohonan untuk memindahkan pemilikan akaun anda di Kedai CelcomDigi. Pastikan akaun anda masih aktif dan selesaikan semua amaun bil yang telah dan belum dibilkan sebelum memulakan permohonan. Jika akaun anda mempunyai kontrak peranti/perkhidmatan aktif, pemilik sedia ada perlu menamatkan kontrak sebelum meneruskan pindah milik akaun kepada orang lain.


Anda boleh memohon untuk memindahkan pemilikan akaun dengan perkara berikut:

  • Kehadiran kedua-dua pemilik sedia ada dan pemilik baru
  • NRIC/ Pasport/ ID pemindah
  • NRIC/ Pasport/ ID penerima


Jika permohonan pindah milik disebabkan oleh kematian, anda mesti mengemukakan dokumen berikut:

  • Sijil kematian asal
  • NRIC/ Pasport/ ID penerima
  • Dokumen bukti hubungan (sijil perkahwinan atau sijil kelahiran)

 

Yuran dan Caj

Pemindahan pemilikan adalah percuma untuk pelanggan prabayar Celcom dan Digi. Jika anda menggunakan pelan pascabayar, caj berikut akan dikenakan. 

 

Pascabayar Celcom

Pascabayar Digi

Caj Pindah Milik Akaun

RM50

Dicaj dalam bil

N/A

Caj Pemprosesan

RM10

Dicaj dalam bil

RM10

Dicaj dalam bil

Bayaran Pendahuluan *

N/A

1x Komitmen Bulanan

*Bayaran pendahuluan akan ditolak dalam bil seterusnya.


Jika anda mempunyai sebarang caj tertunggak, anda dikehendaki menyelesaikan bil anda sebelum pemindahan pemilikan dilakukan. 

 

Jika anda mempunyai kontrak aktif, pemindahan pemilikan juga akan menyebabkan penamatan kontrak awal. Oleh itu, anda dikehendaki membayar yuran penamatan awal sebelum pemindahan pemilikan dapat diselesaikan. 


Nota Penting: Harap maklum bahawa baki sedia ada (freebies), rebat, perkhidmatan dan faedah akan dibatalkan, dan tempoh perkhidmatan akan ditetapkan semula selepas pemindahan pemilikan dilakukan.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut