Saya disambungkan ke WiFi tetapi tidak dapat mengakses Internet. Apakah yang perlu saya lakukan?

Diubah suai pada Tue, 23 Sep pada 2:23 PTG

1. Saya tidak boleh menyambung ke internet melalui WiFi rumah saya. Apakah yang perlu saya lakukan? 

Lakukan langkah penyelesaian masalah berikut: 

Langkah 1: Pastikan kabel kuasa pada penghala(router) dan modem anda dipasang dengan kemas di soket yang betul. 

Langkah 2: Matikan kedua-dua penghala(router) dan modem (dan unit mesh, jika ada). Tunggu selama seminit, kemudian hidupkan modem. Tunggu selama seminit lagi, kemudian hidupkan penghala(router). Jika anda mempunyai unit mesh, hidupkan unit tersebut terakhir.

Langkah 3: Periksa lampu indikator pada modem dan penghala(router) anda untuk memastikan ia disambungkan. Jika ada lampu berwarna merah, ini mungkin menunjukkan masalah. Untuk bantuan, hubungi kami di sini


Penting: Elakkan menekan butang reset pada modem atau penghala(router) anda, kerana ini akan mengembalikan tetapan kilang dan memerlukan konfigurasi semula. Adalah disarankan untuk mematikan dan menghidupkan semula penghala(router) anda setiap satu hingga dua minggu.


(Jika anda menggunakan sistem mesh) 

Langkah 4: Periksa lampu indikator pada unit mesh untuk memastikan ia disambungkan. Jika lampu berwarna merah atau berkelip, ini bermakna unit mesh tidak disambungkan dengan betul. Anda perlu selaraskan semula unit tersebut. Rujuk manual yang disertakan bersama peranti mesh tentang cara-cara untuk melakukannya. 


Jika anda masih tidak dapat menyambung ke internet walaupun selepas melakukan langkah-langkah di atas, semak sama ada talian CelcomDigi Fiber anda masih aktif melalui aplikasi MyDigi atau Celcom Life. Jika talian anda disekat atau digantung, bayar jumlah tertunggak dan ia akan diaktifkan semula dalam tempoh 24 jam. 


Jika semua langkah di atas telah dilakukan dan tiada masalah, tetapi masih tiada sambungan internet, sila hubungi kami di sini untuk bantuan lanjut. 


Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut