Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G

Diubah suai pada Fri, 15 Mar 2024 pada 04:01 PM

1. Apakah itu Pelan CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G yang baharu?

Raja Kombo 5G ialah pelan 5G baharu yang menawarkan pengalaman 5G yang pantas serta pengalaman melayari video dengan lancar melalui YouTube dan Sosial tanpa had pada pelan permulaan 5G yang mampu milik dari RM35/bulan.

 

2. Bagaimanakah cara melanggan dan mengesan Pas Internet mudah alih saya? 

Anda boleh membeli mana-mana perkhidmatan langganan, kesan, dan urus akaun anda melalui aplikasi atau dail *118*2#. 

 

3. Adakah pelanggan sedia ada Prepaid Raja Kombo layak melanggan Pas Internet baharu ini?

Tidak. hanya pelanggan CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G yang layak melanggan Pas Internet baharu ini. Walau bagaimanapun, pelanggan sedia ada Prepaid Raja Kombo boleh bertukar ke pelan baru dengan pergi ke mana-mana pengedar Celcom atau Digi yang sah.

 

4. Jika saya pelanggan Celcom, bolehkah saya memindah / COP (Change of Plan) ke CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G? 

Anda tidak boleh COP ke CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G. Walau bagaimanapun, anda boleh port-in ke penyedia perkhidmatan mudah alih baharu (Digi) sambil mengekalkan nombor mudah alih sedia ada anda.

 

5. Apakah pilihan Internet untuk Pelan Raja Kombo 5G?

Pelanggan Raja Kombo 5G boleh melanggan internet bulanan RM35 (Prepaid 5G 35). Prepaid 5G 35 (Raja Kombo) adalah Pas Internet khas untuk pekerja asing di Malaysia. Pas ini menawarkan perkhidmatan seperti Internet pantas, YouTube & Sosial tanpa had, dan IDD minit percuma ke negara terpilih. Pekerja asing boleh melanggan pas ini melalui aplikasi MyDigi, UMB atau ke mana-mana pengedar. Pas in sah untuk 30 hari sahaja dari tarikh langganan.  

 

6. Apakah yang ditawarkan oleh Prepaid 5G 35 (Raja Kombo) untuk pelanggan pekerja asing CelcomDigi Prepaid?

  1. 30GB Internet Pantas
  2. YouTube dan Sosial Tanpa Had (3Mbps)
    Aplikasi Sosial termasuk Facebook, Instagram, X, IMO dan Tik Tok sahaja.
  3. 60 minit panggilan IDD ke Bangladesh, Indonesia India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan dan Philippines
  4. Panggilan Tanpa Had ke semua rangkaian (Panggilan Domestik)


7. Apakah yang ditawarkan oleh Prepaid 5G 30 (Raja Kombo) untuk pelanngan pekerja asing CelcomDigi Prepaid?

  1. 6GB Internet Pantas
  2. YouTube dan Sosial Tanpa Had (3mbps). 
  3. Aplikasi Sosial termasuk Facebook, Instagram, X, IMO dan Tik Tok sahaja.
  4. 45 minit panggilan IDD ke Bangladesh, Indonesia India, China, Vietnam, Thailand, Nepal, Myanmar, Pakistan dan Philippines

 

8. Adakah Raja Kombo 30 datang dengan akses 5G?

Ya, Raja Kombo 30 datang dengan akses 5G jika anda aktifkan bersama Pelan Raja Kombo 5G terbaharu. 

 

9. Apakah keutamaan penggunaan untuk Prepaid 5G 35 (Raja Kombo)?

  • Pas Internet (pantas) 
  • Pas Internet (dengan kelajuan terhad)
  • Internet Asas (64kbps)

 

10. Apakah yang berlaku kepada Kuota Internet saya yang tidak digunakan apabila langganan Pas Internet Mudah Alih saya diperbaharui? 

Kuota Internet yang tidak diguna daripada langganan sebelumnya TIDAK akan dibawa ke hadapan semasa pembaharuan. 

 

11. Apakah yang berlaku jika kuota Pas Internet saya digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput? Adakah saya akan dikenakan bayaran atas dasar bayar setiap penggunaan? 

Jangan risau, semua pelan kami disertakan dengan Internet asas 500MB (64kbps). Ini akan membolehkan anda melakukan komunikasi asas seperti panggilan VOIP dan pemesejan Internet asas. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan menyemak imbas Internet anda, anda juga boleh membeli Tambahan Kuota atau melanggan Pas Internet Bulanan untuk pengalaman Internet yang lebih lancar. 

 

12. Berapakah kadar yang dikenakan setelah minit panggilan IDD percuma telah digunakan sepenuhnya?

Anda akan dikenakan caj mengikut kepada kadar panggilan IDD. Sila layari laman sesawang celcom.com.my untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melanggan semula Prepaid 5G 35 (Raja Kombo) untuk nikmati panggilan IDD percuma.  

 

13. Apakah yang berlaku jika saya membuat langganan berganda untuk Prepaid 5G 35 (Raja Kombo)?

Langganan berganda dibenarkan. Walau bagaimanapun, pembaharuan pas akan mengikuti langganan pas terbaharu.

 

14. Adakah Prepaid 5G 35 (Raja Kombo) akan diperbaharui secara automatik?

Ya. Pas Internet ini didatangi dengan ciri pambaharuan automatik. 

 

15. Bolehkan saya menghentikan pembaharuan automatik untuk Pas Prepaid 5G 35 (Raja Kombo)?

Ya. Anda boleh menghentikan pembaharuan automatik melalui aplikasi MyDigi atau dail *118#.


16. Mengapa saya tidak dapat akses 5G apabila saya sudah melanggan pas Internet 5G? 

Pelanggan CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G harus memastikan perkara berikut untuk menggunakan Internet 5G: 

  • Pelanggan mesti menggunakan Peranti Mudah Alih yang keupayaan, disokong dan didayakan 5G dengan versi perisian kemas kini untuk mengakses dan/atau menggunakan rangkaian 5G. 
  • Pelanggan mesti berada dalam kawasan liputan rangkaian 5G. 
  • Pelanggan mesti mempunyai SIM berdaya 4G LTE. 

 

17. Bilakah Pas Internet Mudah Alih Mingguan dan Bulanan saya akan tamat tempoh? 

Tempoh Pas Internet Mudah Alih berbeza-beza antara jenis pas. 

  • Pas Bulanan: Tempoh sah mengikuti kitaran 30 hari. Pas Bulanan akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-30 selepas langganan berjaya. 
  • Pas Sekali: 
  • Pas Setiap Jam/Harian: Tempoh sah mengikut jam/minit tepat selapas langganan berjaya. 
  • Pas Mingguan: Tempoh sah mengikuti kitaran 7 hari. Pas Mingguan akan sah sehingga 11:59 P.M. pada hari ke-7 selepas langganan berjaya. 
  • Kuota Tambahan: Tempoh sah mengikuti tempoh saha Pas Bulanan yang dilanggan. 
  • Contoh 1: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Kuota Tambahan RM6 untuk 15GB pada 1 Jun 2024. Kuota Tambahan akan tamat pada 30 Jun 2024. 
  • Contoh 2: Pas Bulanan tamat tempoh pada 30 Jun 2024. Langgan Kuota Tambahan RM3 untuk 5GB pada 15 Jun 2024. Kuota Tambahan akan tamat pada 30 Jun 2024.
Jenis Pas
Tempoh Sah
Tarikh/Masa Langganan
Tarikh/Masa Luput
Pas Bulanan
30 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
30 Mac 2024 / 23:59 P.M.
Pas Sekali
7 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
07 Mac 2024 / 23:59 A.M.
Pas Sekali
1 hari
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
02 Mac2024 / 09:00 A.M.
Pas Sekali
1 jam
01 Mac 2024 / 9:00 A.M.
01 Mac 2024 / 10:00 A.M.
Kuota Tambahan
Mengikuti Tempoh Sah Pas Bulanan  

 

18. Bolehkah saya melakukan tethering/hotspot kepada peranti atau komputer lain? 

Boleh. Tethering/hotspot boleh dilakukan untuk semua Pas Internet berdasarkan hotspot yang diperuntukkan. 


19. Apakah yang berlaku apabila kuota hotspot saya telah digunakan sepenuhnya? 

Setelah menggunakan kuota hotspot sepenuhnya, anda boleh membeli Kuota Tambahan melalui aplikasi MyDigi atau dail *118*2*3# untuk meneruskan perkhidmatan Hotspot. 

 

20. Adakah perkhidmatan perantauan antarabangsa diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G? 

Ya, perkhidmatan perantauan antarabangsa diaktifkan secara automatik untuk CelcomDigi Prepaid Raja Kombo 5G. Anda hanya perlu membeli pas perantauan untuk digunakan di luar negara melalui aplikasi Celcom Life/MyDigi atau melalui *800# (semasa di luar negara).

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut