Tawaran Kuota Bonus CelcomDigi Postpaid 5G

Diubah suai pada Fri, 01 Mar 2024 pada 10:03 AM

1. Apakah tempoh tawaran ini? 

Tawaran ini bermula dari 1 Mac 2024 sehingga 30 April 2024. 


2. Siapakah yang layak untuk Tawaran Kuota Bonus Postpaid ini? 

Pelanggan yang mendaftar talian baru, port-in ataupun menukar pelan postpaid atau menukar pelan prepaid ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang sah, seperti yang tertera di bawah.


3. Apakah yang boleh saya dapat bila saya mendaftar talian baru, port-in ataupun menukar pelan Postpaid, atau menukar pelan Prepaid ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang sah semasa tempoh tawaran ini? 

Anda boleh menikmati kuota 5G tambahan 60GB x 12 bulan untuk CelcomDigi Postpaid 5G 80 ataupun 100GB x 12 bulan untuk CelcomDigi Postpaid 5G 100. 


4. Di manakah boleh saya mendaftar pelan CelcomDigi Postpaid 5G? 

Anda boleh mengunjungi Celcom bluecube, Digi Store dan pengedar Celcom dan Digi yang berdekatan untuk mendaftar, port-in atau menukar pelan postpaid dan menukar talian prepaid anda ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang sah.


5. Adakah Kuota Bonus 5G disertakan dengan tempoh kontrak? 

Tidak. Kuota Bonus 5G tidak disertakan dengan sebarang kontrak. 


6. Adakah tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran pelan sahaja? 

Kuota Bonus 5G sah untuk pendaftaran pelan sahaja atau pendaftaran dengan peranti. 


7. Adakah tawaran ini sah di samping rebat kontrak RM10 x 12m untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G?

Ya. Anda boleh menikmati kedua-dua rebat Freedom Add-Ons dan Kuota Bonus 5G. 


8. Apakah yang akan terjadi ke Kuota Bonus 5G jika saya bertukar ke plan yang lain?

Kuota Bonus 5G akan dilucutkan jika anda bertukar ke pelan yang tidak layak untuk tawaran ini.

 

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut