Pembelian Aplikasi Dalam Huawei AppGallery

Diubah suai pada Tue, 14 Okt pada 8:31 PTG

Bayar melalui Celcom/ Digi untuk Huawei AppGallery membolehkan anda membuat pembelian langganan digital, pembelian dalam aplikasi melalui AppGallery atau produk/ perkhidmatan seperti Huawei Cloud Space, Huawei Movies, Huawei Music atau Huawei Books dan banyak lagi pada mana-mana peranti Huawei dengan membayar melalui bil bulanan Celcom/ Digi atau baki prabayar anda.


Nota: Kebanyakan kandungan digital dipaparkan dalam Ringgit Malaysia (RM), tetapi ada yang mungkin menunjukkan harga dalam Dolar AS (USD) terlebih dahulu dan kemudian ditukar kepada Ringgit Malaysia (RM) untuk pembayaran.



Menetapkan Pembayaran melalui Celcom/ Digi

Anda perlu mendaftar Huawei ID terlebih dahulu. Setelah anda mempunyai Huawei ID, pergi ke: 'Tetapan' > 'Huawei ID' > 'Pembayaran & Pembelian' > pilih 'Pembayaran Mudah Alih' > pilih 'Telefon Mudah Alih'.



Permintaan Invois

Anda boleh membuat permintaan dari lokasi berikut melalui telefon anda:

Langkah 1: Pergi ke 'Tetapan'

Langkah 2: Klik 'Akaun Anda' dan 'Pembayaran dan Pembelian'

Langkah 3: Pilih 'Sejarah Pembelian' dan klik pada pesanan yang anda telah buat

Langkah 4: Klik 'Request Invois' untuk meminta invois. Invois akan dikeluarkan dan dihantar ke alamat e-mel anda yang didaftarkan dalam akaun Huawei anda.


Untuk bantuan lanjut atau masalah, sila hubungi Pusat Sokongan Huawei.


Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut