Mengapa saya disenaraikan hitamkan walaupun saya telah membayar bil yang tertunggak?

Diubah suai pada Fri, 08 Mar 2024 pada 10:25 AM

Anda mungkin disenarai hitamkan kerana anda tidak membayar semua bil selepas pemindahan keluar atau port-out dari talian Celcom/ Digi anda. Semasa port-out, anda perlu membayar dua jenis bil:

 

1. Bil tertunggak

  • Caj sehingga waktu di mana anda meminta untuk port-out dari Celcom/ Digi.
  • Perlu diselesaikan:
  • Celcom: Sebelum anda memulakan permintaan port-out.
  • Digi: Semasa proses port-out, anda akan menerima notifikasi SMS. Untuk proses port-out berjaya, anda perlu membuat pembayaran dalam masa 2 jam selepas menerima SMS.


2. Bil akhir

  • Caj yang dikenakan antara bil tertunggak dan tarikh penamatan.
  • Perlu diselesaikan pada akhir kitaran bil setelah menerima bil akhir.

 

Harap maklum bahawa setelah disenarai hitam, anda tidak dapat mendaftar untuk mana-mana pelan pascabayar dari CelcomDigi atau penyedia perkhidmatan lain di Malaysia sehingga anda menyelesaikan bil akhir. Untuk mengeluarkan nama anda dari rekod senarai hitam, bayar bil tertunggak melalui saluran pembayaran yang tersedia.

 

Jika anda ingin menyemak jumlah bil tertunggak/ akhir anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan.
Celcom: +6019-6011111
Digi+6016-211180


Nota: Selepas pembayaran, nama anda akan dikeluarkan dari rekod dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas pembayaran.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut