Soalan Lazim: Kontrak CelcomDigi Postpaid 5G

Diubah suai pada Tue, 7 Okt pada 4:27 PTG

1. Apakah Kontrak CelcomDigi Postpaid 5G?

Ia adalah perjanjian antara anda dan CelcomDigi untuk tempoh komitmen tetap yang membolehkan anda menikmati faedah eksklusif seperti diskaun peranti atau add-ons.

 

2. Apakah jenis kontrak yang tersedia untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G?

  • Kontrak Peranti
  • Kontrak Perkhidmatan
    • Freedom Add-Ons (Add-Ons percuma)
    • Mega Add-Ons (Add-Ons berbayar)

 

3. Berapakah tempoh kotrak minimum?

Tempoh kontrak berbeza berdasarkan pada tawaran:

  • Kontrak Peranti: 12 hingga 36 bulan
  • Kontrak Perkhidmatan (Freedom Add-Ons / Mega Add Ons): 12 bulan

Tempoh kontrak akan dinyatakan dalam perjanjian langganan atau butiran tawaran.

 

4. Berapakah kontrak CelcomDigi Postpaid 5G yang boleh saya daftar?

Setiap talian mudah alih (nombor) layak untuk satu kontrak pada satu masa – sama ada kontrak peranti atay kontrak perkhidmatan. 

 

5. Bolehkah saya mempunyai kedua-dua kontrak peranti dan kontrak perkhidmatan pada masa yang sama?

Ya, anda boleh memegang berbilan kontrak secara serentak jika setiap kontrak terikat dengan talian mudah alih yang berbeza dibawah NRIC anda. Setiap talian nombor hanya boleh mempunyai satu kontrak aktif pada satu masa. 

 

6. Saya kini mempunyai kontrak dengan pelan semasa saya. Bolehkah saya bertukar pelan ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu?

 Ya, boleh. Tetapi ia bergantung pada pelan yang anda tukar kepada:

  •  Jika anda menaik taraf kepada pelan dengan bayaran bulanan yang lebih tinggi, kontrak sedia ada anda akan diteruskan tanpa bayaran penamatan awal.  
  • Jika anda menurunkan taraf kepada pelan dengan bayaran bulanan yang lebih rendah, anda akan dikenakan bayaran penamatan awal berdasarkan kontrak semasa anda. 

 

Contoh:

  • Jika ada menggunakan Digi Postpaid 90 atau Celcom Mega 98 dan anda bertukar kepada CelcomDigi Postpaid 5G 120, tiada bayaran penamatan awal dikenakan. 
  • Tetapi jika anda bertukar kepada CelcomDigi Postpaid 5G 80, bayaran penamatan akan dikenakan. 

 

7. Apakah pilihan kontrak peranti dan perkhidmatan yang saya boleh dapat dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G?

Untuk senarai penuh tawaran terkini kami, sila layari laman web rasmi kami.


Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut