Soalan Lazim: Pelan CelcomDigi Postpaid 5G

Diubah suai pada Fri, 01 Mar 2024 pada 10:02 AM

1. Apakah pelan baharu CelcomDigi Postpaid 5G?
Pelan CelcomDigi Postpaid 5G adalah pelan 5G baharu yang menawarkan 5G & 4G Tanpa Had di mana jua, diskaun 50% untuk talian tambahan dan perantauan, telefon 5G percuma & telefon 5G terkini daripada RM1/bulan, dan juga fiber percuma.

2. Apakah kelajuan muat turun untuk setiap tahap kelajuan 5G di bawah pelan CelcomDigi Postpaid 5G?
Berikut adalah kelajuan muat turun untuk tahap kelajuan 5G Essential, Advance, Premium & Ultimate.

Tahap Kelajuan 5GKelajuan Muat Turun Maksimum
Essential
100Mbps
Advance300Mbps
Premium500Mbps
UltimateMaksimum

 

3. Dengan pelancaran CelcomDigi Postpaid 5G ini, adakah Celcom Postpaid dan Digi Postpaid turut dihentikan?
Ya, pelan Celcom Postpaid dan Digi Postpaid akan dihentikan. Kami mencadangkan anda untuk mendaftar dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5g yang baharu untuk menikmati nilai terbaik pada pelan pascabayar anda. Pelan CelcomDigi Postpaid 5G baharu tersedia dengan harga permulaan RM40/bulan. 

4. Saya adalah pelanggan Digi yang sedang menggunakan tawaran tanpa kontrak Roam Like Home. Adakah saya akan terus menikmati tawaran ini jika saya tukarpelan kepada Pelan CelcomDigi Postpaid 5G?
Tidak, tawaran Roam Like Home anda akan dibatalkan jika anda tukar ke pelan CelcomDIgi Postpaid 5G. Tetapi anda akan dapat menikmati Pas Perantauan Tanpa Had hanya untuk RM49/bulan dengan CelcomDigi Postpaid 5G 120 dan ke atas.

5. Bolehkah saya mendaftar untuk pelan CelcomDigi Postpaid dengan rebat Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya?
Pada masa ini, tiada rebat ditawarkan untuk Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya dengan CelcomDigi Postpaid. Sila nantikan promosi yang akan datang. Sila ambil maklum bahawa jika anda sedang menikmati rebat sebagai Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya pada pelan Digi anda yang sedia ada, anda akan terus menikmati rebat tersebut apabila anda tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G.

6. Bolehkah saya mendaftar untuk NUMBERshare atau AirSIM pada jam tangan saya dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G?
Ya, anda boleh mendaftar untuk NUMBERshare atau AirSIM dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G. Jika anda sedang melanggan NUMBERshare atau AirSIM, anda boleh terus menikmati servis dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu.


NUMBERshare atau AirSIM untuk CelcomDigi Postpaid SE akan tersedia dari 14 Mac 2024.

7. Saya sedang menikmati rebat RM15x12 bulan untuk Digi Postpaid 90. Adakah saya akan terus menikmati rebat tersebut jika saya tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G?
Tidak, rebat anda akan dibatalkan jika anda tukar ke pelan CelcomDigi Postpaid 5G. Namun, anda masih boleh menikmati rebat RM10 x 12 bulan atau 50% kuota 5G/4G tambahan pada pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang baharu dengan melanggan kontrak Freedom Add-Ons.

8. Adakah diskaun auto-bayaran masih tersedia untuk pelan CelcomDigi Postpaid 5G?
Tawaran rebat auto-bayaran RM50 untuk pelanggan Celcom dan tawaran rebat 5% x 6 bulan auto-bayaran untuk pelanggan Digi tidak akan tertakluk pada pelan CelcomDigi Postpaid 5G. Pelanggan Digi yang masih menikmati rebat 5% x 6 bulan akan kehilangan tawaran tersebut apabila mereka tukar ke pelan ini. Sila ikuti perkembangan kami untuk tawaran auto-bayaran yang akan datang.

Adakah artikel ini membantu?

Itu Hebat!

Terima kasih atas maklum balas anda

Maaf! Kami tidak dapat membantu

Terima kasih atas maklum balas anda

Beritahu kami bagaimana kami boleh menambah baik artikel ini!

Pilih sekurang-kurangnya salah satu sebab
Pengesahan CAPTCHA diperlukan.

Maklum balas dihantar

Kami menghargai usaha anda dan akan cuba membetulkan artikel tersebut