Soalan Lazim: CelcomDigi WebSHIELD

1. Apa itu CelcomDigi WebSHIELD?

CelcomDigi WebSHIELD ialah perkhidmatan keselamatan dan perlindungan yang membantu melindungi anda ketika melayari internet dengan menyekat secara automatik laman web yang mungkin mengandungi phishing, malware atau ransomware — sebelum sebarang sambungan dibuat.

‍

Selagi anda menggunakan rangkaian CelcomDigi di Malaysia dan melanggan WebSHIELD, anda boleh melayari internet setiap hari dengan lebih tenang dan selamat.

‍

2. Berapakah harga WebSHIELD?

Pilih pelan mengikut keperluan anda:

  • Add-On WebSHIELD: Nikmati perlindungan pada kadar standard RM3/bulan. Tiada kontrak, batalkan pada bila-bila masa.
  • Freedom Add-ons WebSHIELD dengan kontrak 12-bulan: RM0/bulan

‍

3. Adakah terdapat platform mudah alih atau model peranti tertentu yang disokong oleh WebSHIELD?

Oleh sebab WebSHIELD direka untuk melindungi pengguna CelcomDigi, tiada sekatan ke pada platform mudah alih atau modal peranti tertentu. Selagi anda berhubung dengan rangkaian CelcomDigi di Malaysia dan melanggan ke WebSHIELD apabila anda melayari internet, anda akan dilindungi.

‍

4. Bagaimanakah cara untuk melanggan ke WebSHIELD?

Saluran Langganan
Add-Ons WebSHIELD
Freedom Add-Ons WebSHIELD
Aplikasi CelcomDigi
  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik 'Lifestyle'
  3. Klik 'Safety'
  4. Klik butang 'RM3.00' dalam WebSHIELD untuk melanggan
  5. Klik 'Beli Sekarang'
  6. Klik 'Teruskan ke Pembayaran'.
  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik 'Shop'
  3. Klik 'Freedom Add-Ons'
  4. Klik butang 'Percuma' dalam kotak WebSHIELD untuk melanggan
  5. Klik 'Beli Sekarang'
  6. Klik 'Teruskan ke Pembayaran'.
Kod UMB *118#
  1. Dail *118#
  2. Pilih menu 'Lifestyle'
  3. Pergi ke menu 'Safety'
  4. Langgan 'WebSHIELD'
  5. Sahkan langganan.
Tidak berkenaan

‍

5. Berapa banyak lesen yang boleh saya dapat jika saya melanggan ke WebSHIELD?

Satu nombor telefon hanya layak untuk satu lesen WebSHIELD.

‍

6. Adakah saya akan dimaklumkan apabila WebSHIELD telah diaktifkan?

Ya, anda akan menerima SMS setelah langganan WebSHIELD anda berjaya.

‍

7. Untuk peranti iOS, bagaimana cara untuk memastikan perlindungan WebSHIELD berfungsi dengan betul?

Untuk pastikan perlindungan WebSHIELD berfungsi dengan betul di peranti iOS, sila semak iCloud Private Relay telah dinyahaktifkan. Ciri ini menyembunyikan alamat IP anda semasa anda layari Internet, dan ini boleh mengganggu keupayaan WebSHIELD untuk mengesan dan melindungi sambungan anda.

‍

Cara untuk nyahaktifkan iCloud Private Relay di iOS:

  1. Buka Settings
  2. Tap iCloud
  3. Pilih Private Relay
  4. Jika butang togol adalah hijau, luncurkannya ke kiri untuk mematikannya

‍

8. Apakah tempoh sah bagi langganan WebSHIELD?

Setelah langganan berjaya, WebSHIELD akan Lindungi anda selama 30 hari.

‍

9. Adakah langganan WebSHIELD saya akan diperbaharui secara automatik?

Ya, langganan WebSHIELD anda akan diperbaharui secara automatik supaya anda kekal terlindung tanpa perlu mengangkat jari.

Tiada peringatan, tiada langkah manual—hanya perlindungan berterusan yang lancar untuk pengalaman atas talian anda.

‍

10. Bolehkah saya melanggan ke WebSHIELD lebih daripada sekali?

WebSHIELD direka untuk menjadi perkhidmatan langganan sekali sahaja. Sebaik sahaja anda melanggan, anda akan dilindungi sepenuhnya—tidak perlu melanggan skali lagi!

Jika anda cuba melanggan kali kedua, anda akan menerima notifikasi yang memberitahu anda bahawa anda sudah dilindungi.

‍

11. Bolehkah saya melanggan ke WebSHIELD untuk ahli keluarga saya?

Ya, jika mereka adalah dibawah talian tambahan / family.

‍

12. Adakah saya perlu menjalankan imbasan secara manual dengan WebSHIELD??

Tidak perlu. WebSHIELD berfungsi secara automatik di latar belakang setiap kali anda melayari menggunakan pelayar mudah alih anda. Tiada setup diperlukan, tiada langkah tambahan — hanya perlindungan yang lancar.

‍

13. Adakah WebSHIELD berfungsi jika saya menggunakan hotspot?

Ya, jika nombor telefon yang anda gunakan melanggan ke WebSHIELD, maka semua peranti yang disambungkan dengannya juga akan mendapat perlindungan WebSHIELD.

‍

14. Bagaimana jika saya berubah fikiran, bolehkah saya membatalkan perkhidmatan ini?

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membatalkan perkhidmatan:

SaluranLangkah-langkah
Aplikasi CelcomDigi
  1. Log masuk ke aplikasi CelcomDigi
  2. Klik 'Pelan Saya'
  3. Klik 'Langganan Internet'
  4. Pada bahagian WebSHIELD, alihkan togol suis biru kepada kelabu
  5. Klik 'Sahkan' untuk meneruskan pembatalan langganan.
Kod UMB *118#
  1. Dail *118#
  2. Pilih menu 'Lifestyle'
  3. Pergi ke menu 'Safety'
  4. Pilih pilihan untuk berhenti melanggan WebSHIELD
  5. Klik 'Sahkan' untuk meneruskan pembatalan langganan.
Untuk membatalkan kontrak 12-bulan Freedom Add-Ons WebSHIELD, sila kunjungi kedai CelcomDigi terdekat.

‍

15. Adakah saya akan dicaj jika saya batalkan WebSHIELD?

Ia bergantung pada pelan WebSHIELD yang anda gunakan – berikut adalah pecahan ringkas:

Pelan WebSHIELDKontrak Caj Penamatan Awal
Add-on WebSHIELDTidak Tidak – boleh batal pada bila-bila masa
Freedom Add-Ons WebSHIELD (dengan kontrak 12-bulan) Ya
(12-bulan)
Ya – Caj RM30 akan dikenakan jika anda menamatkan kontrak anda dengan pelan semasa anda

‍

16. Saya telah berhenti melanggan WebSHIELD beberapa hari yang lalu dan cuba melanggan semula, tetapi tidak berjaya. Mengapakah perkara ini berlaku?

Kami telah menambah baik pengalaman langganan WebSHIELD! Kini anda boleh melanggan semula serta-merta selepas membatalkan langganan anda, supaya anda boleh kembali menikmati perlindungan WebSHIELD pada bila-bila masa — tanpa perlu menunggu.

‍

17. Apa yang perlu saya lakukan jika WebSHIELD tidak berfungsi dengan betul?

Jika anda mengalami isu dengan WebSHIELD, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Pasukan kami akan membantu secepat mungkin untuk memastikan perlindungan anda kembali berfungsi.

Nota: CelcomDigi WebSHIELD ialah perkhidmatan keselamatan dan perlindungan web oleh Cisco yang disediakan oleh CelcomDigi kepada pelanggannya untuk melindungi daripada laman web yang mungkin mengandungi phishing, malware atau ransomware. Walau bagaimanapun, tiada penyelesaian keselamatan yang boleh menjamin perlindungan sepenuhnya atau menyekat setiap risiko 100% pada setiap masa. Walaupun CelcomDigi WebSHIELD menambah lapisan pertahanan yang kukuh, pelanggan tetap bertanggungjawab untuk berwaspada dan mengamalkan tabiat pelayaran yang selamat. CelcomDigi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada ancaman yang melepasi perlindungan yang ditawarkan oleh CelcomDigi WebSHIELD.
Share this article
Copy link