Plans
Link 1
Link 2
Link 3
Mudah alih
Roaming bila melancong
Merantau dengan PrepaidMerantau dengan PostpaidUmrahLawat MalaysiaPanduan perantauanInspire
Link 1
Link 2
Di rumah
1. Apakah itu CelcomDigi Trade-In?
CelcomDigi Trade-In ialah program yang membolehkan anda menukar telefon pintar lama anda dengan mudah melalui aplikasi CelcomDigi Trade-In.
Selepas mengimbas peranti anda dalam aplikasi, anda boleh memilih untuk:
Anda juga boleh memilih cara untuk menerima nilai tukar beli anda:
2. Bagaimanakah saya boleh menikmati tambahan RM100 pada nilai tukar beli?
Hanya pilih “Drop-Off” dan pilih “Kredit kepada Bil Pascabayar” dalam aplikasi CelcomDigi Trade-In untuk mendapatkan tambahan RM100 di atas nilai tukar beli anda.
Contoh: Jika peranti anda bernilai RM800 dan anda mengkreditkannya ke bil Pascabayar, anda akan menerima tambahan RM100, menjadikan jumlah nilai tukar beli anda adalah RM900.
3. Bolehkah saya menerima tambahan RM100 dengan pilihan “Pick-Up”?
Tidak. Tambahan RM100 hanya tersedia untuk pilihan “Drop-Off” apabila anda kreditkan nilai tukar beli ke bil Pascabayar anda.
4. Adakah saya akan mendapat pengesahan apabila rider CompAsia mengambil peranti saya?
Ya. Rakan kongsi kami, CompAsia, akan menghubungi anda untuk mengesahkan sama ada anda ingin meneruskan tukar beli pada tarikh dan masa yang anda pilih.
5. Bolehkah saya membatalkan pengambilan peranti?
Ya. Anda boleh membatalkannya semasa panggilan pengesahan.
6. Apa yang perlu saya lakukan jika saya berubah fikiran selepas menyelesaikan trade-in di Kedai CelcomDigi?
Sebaik sahaja anda menyerahkan peranti trade-in kepada staf ikami, nilai trade-in tersebut dianggap muktamad dan peranti tidak boleh dipulangkan semula. Sila pastikan keputusan anda adalah muktamad sebelum menyerahkan peranti tersebut.
7. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum menukar beli peranti saya?
Langkah 1: Dapatkan sebut harga tukar beli
Muat turun aplikasi CelcomDigi Trade-In daripada App Store (iOS) atau Google Play Store (Android). Jalankan diagnosis kendiri pada peranti anda untuk mendapatkan anggaran nilai tukar beli.
Langkah 2: Sandarkan semua data peribadi dan tetapkan semula
Sandarkan semua data peribadi dan lakukan tetapan semula kilang sebelum menyerahkan peranti anda.
Langkah 3: Tukar beli peranti anda
8. Bagaimanakah saya akan menerima bayaran untuk tukar beli peranti saya?
Setelah peranti anda diserahkan dan disahkan, pembayaran anda ialah:
9. Berapa banyak peranti yang boleh saya tukar dengan CelcomDigi?
Anda boleh menukar beli sehingga 2 peranti bagi setiap nombor mudah alih setiap bulan, dengan maksimum 10 peranti bagi setiap nombor mudah alih setahun.
10. Apa maksud jika semakan IMEI gagal?
Jika semakan IMEI gagal, ia bermakna peranti anda tidak boleh diterima untuk tukar beli kerana ia telah ditandakan dalam pangkalan data IMEI. Sebab biasa termasuk peranti yang dilaporkan hilang atau dicuri, atau berkaitan dengan aktiviti kewangan atau penipuan yang belum diselesaikan.
11. Semakan kesihatan peranti/diagnostik nampak tidak tepat — bagaimana saya boleh baiki ini?
Semakan kesihatan peranti dijalankan secara automatik dalam aplikasi, menggunakan diagnostik terbina dalam untuk mengukur prestasi telefon anda. Proses ini memastikan ketepatan dan mengurangkan kesilapan manual. Jika anda percaya keputusan itu tidak tepat, sila pastikan anda telah memberikan semua kebenaran yang diperlukan kepada aplikasi (contohnya, WiFi, GPS, kamera).